Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463330
Title: Penilaian kitar hayat bagi papan lapis berasaskan sawit : satu kajian kes gate-to-gate
Authors: Muhamad Shamim bin Ahmad (P58872)
Supervisor: Ismail Sahid, Prof. Dato' Dr.
Keywords: Kitar hayat papan lapis
Issue Date: 13-Jan-2015
Description: Penilaian Kitar Hayat (LCA) adalah satu teknik yang penting untuk mengenalpasti impak alam sekitar yang berkaitan dengan penghasilan papan lapis berasaskan sawit. Kajian inventori gate-to-gate ini membolehkan impak alam sekitar daripada penghasilan papan lapis berasaskan sawit dinilai. Kajian LCA yang dijalankan ke atas papan lapis berasaskan sawit yang diperbuat daripada lebihan sisa industri sawit merupakan satu langkah kehadapan ke arah penghasilan produk yang mesra alam. Oleh itu, mewujudkan maklumat asas yang lengkap tentang profil alam sekitar bagi papan lapis berasaskan sawit adalah amat penting. Data daripada kajian penilaian impak alam sekitar ini dapat membantu untuk membangunkan produk papan lapis berasaskan sawit yang lebih mesra alam. Keputusan daripada kajian ini dapat memberikan maklumat untuk mengenalpasti cara dan tindakan yang perlu diambil untuk mengurangkan impak terhadap alam sekitar. Data awal dikumpulkan secara terus daripada beberapa kilang papan lapis berasaskan sawit di Semenanjung Malaysia yang mana mewakili 40% daripada industri papan lapis berasaskan sawit. Maklumat ini didapati daripada soal selidik yang telah dibuat khusus untuk pengumpulan data. Jurang-jurang data yang diperolehi daripada soal selidik ini kemudiannya diisi dengan maklumat yang diperolehi daripada penerbitan, pangkalan data awam dan pengiraan daripada data yang sedia ada. Kuantiti bagi input dan output daripada aktiviti pengeluaran dinyatakan berdasarkan kepada unit berfungsi 1 m3 papan lapis berasaskan sawit mengikut jenis berlainan i.e., rintang kelembapan (MR), tahan cuaca dan pendidihan (WBP) gred 1 dan tahan cuaca dan pendidihan (WBP) gred 2. Penilaian impak alam sekitar dijalankan dengan menggunakan perisian SimaPro 7.1 dan metodologi Eco-indicator 99. Keputusan pemberatan LCA mendapati bahawa bagi setiap penghasilan papan lapis berasaskan sawit menunjukkan impak yang signifikan iaitu seperti kemerosotan bahan api fosil, respirasi bahan bukan organik dan perubahan iklim. Proses yang menyumbang kepada impak-impak tersebut ialah penggunaan bahan perekat urea formaldehid dan fenol formaldehid, pengangkutan batang kelapa sawit dari ladang ke kilang dan penggunaan tenaga elektrik dari grid. Tindakan yang boleh diambil untuk mengurangkan impak-impak tersebut ialah melalui penggunaan perekat alternatif seperti fenol formaldehid yang diubah daripada lignin kulit kacang dan perekat kayu daripada minyak pirolisis, mewujudkan pusat pengumpulan batang kelapa sawit untuk memudahkan pengangkutan dan menggunakan tenaga yang dijana daripada biojisim sawit dengan lebih efisien.,Master/Sarjana
Pages: 171
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_76544+SOURCE10+SOURCE10.0.PDF
  Restricted Access
137.55 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open
ukmvital_76544+SOURCE11+SOURCE11.0.PDF
  Restricted Access
176.02 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open
ukmvital_76544+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
128.98 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open
ukmvital_76544+SOURCE2+SOURCE2.0.PDF
  Restricted Access
166.71 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open
ukmvital_76544+SOURCE3+SOURCE3.0.PDF
  Restricted Access
92.94 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open
ukmvital_76544+SOURCE4+SOURCE4.0.PDF
  Restricted Access
87.01 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open
ukmvital_76544+SOURCE5+SOURCE5.0.PDF
  Restricted Access
90.78 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open
ukmvital_76544+SOURCE6+SOURCE6.0.PDF
  Restricted Access
29.4 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open
ukmvital_76544+SOURCE7+SOURCE7.0.PDF
  Restricted Access
1.05 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open
ukmvital_76544+SOURCE8+SOURCE8.0.PDF
  Restricted Access
1.17 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open
ukmvital_76544+SOURCE9+SOURCE9.0.PDF
  Restricted Access
363.21 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.