Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463250
Title: Fabrikasi sensor kimia optik untuk penentuan pewarna rodamina B berasaskan teknik spektroskopi pendarfluor dan pantulan
Authors: Shamsul bin Zakaria (P 45150)
Supervisor: Musa Ahmad, Prof. Dr.
Keywords: Fabrikasi
Sensor kimia optik
Pewarna rodamina B
Teknik spektroskopi pendarfluor
Electrochemical sensors -- Research
Issue Date: 20-Oct-2011
Description: Sensor kimia optik untuk penentuan rodamina B (RB) telah berjaya difabrikasi berasaskan teknik spektroskopi pendarfluor dan pantulan. Terdapat dua pencirian yang telah dilakukan terhadap RB dalam larutan dengan menggunakan dua reagen dan dua kaedah yang berbeza. Pencirian yang pertama melibatkan analisis kuantitatif untuk penentuan RB berasaskan kompleks RB-β-siklodekstrin. Pencirian ini dilakukan menggunakan kaedah spektroskopi pendarfluor. Pencirian yang kedua pula melibatkan analisis kuantitatif untuk penentuan RB melalui tindak balas RB dengan serium sulfat (SS) dengan menggunakan kaedah spektroskopi ultralembayung dan nampak. Pencirian menggunakan kaedah spektroskopi pendarfluor memberikan nilai pH dan kepekatan β-siklodekstrin (βCD) optimum masing-masing pada pH 7.0 dan 1.2 x 10-2 M. Julat rangsangan linear diperolehi pada kepekatan RB dalam julat 0.1- 6.0 mg/L. Nilai sisihan piawai relatif (RSD) bagi kebolehulangan kaedah ini adalah 2.2-3.8 % bagi julat kepekatan RB dari 1.0-5.0 mg/L. Bagi pencirian menggunakan kaedah spektroskopi ultralembayung dan nampak pula, kepekatan SS optimum adalah pada 3.0 x 10-3 M. Tindak balas dijalankan di dalam medium asid sulfurik dengan kepekatan optimum asid sulfurik pada kepekatan 3.0 x 10-1 M. Julat kepekatan RB yang menghasilkan rangsangan linear adalah dari 2.0-16.0 mg/L. Nilai RSD bagi ciri kebolehulangan kaedah ini pula adalah baik iaitu dari 4.4-4.7 % bagi julat kepekatan RB dari 5.0-15.0 mg/L. Bagi tujuan pembangunan sensor optik berasaskan spektroskopi pendarfluor untuk penentuan RB, βCD telah dipegunkan ke dalam larutan kitosan secara jerapan fizikal. Masa rangsangan sensor ini adalah 2 minit dengan rangsangan optimum diperoleh pada pH 7.0. Sensor ini memberikan rangsangan linear dalam julat kepekatan RB antara 0.1-5.0 mg/L dengan had pengesanan 0.1 mg/L. Sensor ini turut menunjukkan kebolehulangan yang baik dengan nilai RSD 2.1-3.0 % untuk julat kepekatan RB dari 3.0-5.0 mg/L. Manakala bagi bahan sensor berasaskan pengukuran pantulan pula, SS telah berjaya dipegunkan secara jerapan fizikal ke atas resin jenis Dowex 50W-X8 (H). Bagi sensor ini, masa rangsangan adalah baik iaitu hanya pada 70 saat sahaja. Dengan nilai kepekatan optimum asid sulfurik sebagai medium tindak balas adalah 2.0 x 10-1 M, sensor ini memberikan rangsangan linear dalam julat kepekatan RB antara 2.0-20.0 mg/L dengan had pengesanan 2.0 mg/L. Kebolehulangan sensor adalah baik dengan nilai RSD 3.7-3.9 % untuk julat kepekatan RB dari 5.0-15.0 mg/L. Kedua-dua jenis sensor tidak dapat digunakan semula dan diaplikasikan sebagai sensor pakai buang. Dalam kajian ini juga, jaringan neural tiruan (ANN) digunakan sebagai kaedah untuk memanjangkan julat dinamik kepekatan RB bagi setiap sensor yang telah difabrikasi. Arkitektur ANN yang optimum bagi sensor RB berasaskan pendarflour dan pantulan adalah masing-masingnya 16:27:1 dan 20:30:1 (nisbah bilangan input: bilangan neuron dalam lapisan terlindung: bilangan data output) dengan purata ralat interpolasi 2.15 % dan 0.94 %. Pada nisbah kepekatan 1:1, bahan sensor RB berasaskan pengukuran pendarflour mengalami kesan gangguan terhadap Ce4+, NH4 +, H2O2 dan MnO4 2-. Sementara itu, bagi sensor RB berasaskan pengukuran pantulan pula, sensor mengalami kesan gangguan pada nisbah 1:1 terhadap βCD, H2O2, SO4 2- dan MnO4 2-. Akhir sekali, kedua-dua sensor didapati menghasilkan keputusan yang menyamai dengan keputusan analisis yang diperolehi menggunakan kaedah kromatografi cecair berprestasi tinggi (HPLC).,Master/Sarjana
Pages: 149
Call Number: TP159.C46.S533 2011
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_74591+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
3.1 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.