Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462822
Title: Hubung kait antara perumah rafflesia R. Br. terhadap keadaan mikrohabitat, komuniti tumbuhan dan ciri fiziko-kimia tanah di Taman Negeri Diraja Belum, Perak
Authors: Nur Hayati Abd Karim (P90585)
Supervisor: Shamsul Khamis, Dr.
Keywords: Rafflesia
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 25-Aug-2021
Description: Satu kajian telah dijalankan bagi menentukan ciri mikrohabitat, cuaca, komuniti tumbuhan, ciri fiziko-kima tanah dan hubung kaitnya di habitat Tetrastigma rafflesiae, perumah kepada bunga Rafflesia di Taman Negeri Di Raja Belum, Perak. Bancian pokok dibuat menggunakan plot berbentuk bulatan dengan tiga radius berbeza iaitu radius 1 m bagi bancian tumbuhan lantai hutan, radius 10 m meliputi pokok bersaiz 1.0 cm hingga 4.9 cm diameter pada paras dada (DBH) dan radius 20 m merangkumi dan pokok bersaiz lebih daripada 5 cm DBH. Penentuan ciri fiziko-kimia tanah dibuat dengan mengambil tiga sampel tanah pada kedalaman 20 cm bagi setiap plot pensampelan. Hasil kajian ini menunjukkan kehadiran populasi Rafflesia direkodkan pada ketinggian 207 - 386 m daripada aras paras laut dengan kecerunan permukaan bumi pada 8� - 58� dan berhampiran sungai pada jarak antara 1 - 450 m. Taburan hujan adalah 1717.81 mm setahun dan purata suhu dan kelembapan adalah 24.3 � 0.5�C dan 96.9 � 2.8%. Sejumlah 780 individu pokok dengan 276 spesies, 144 genus dan 58 famili telah berjaya direkodkan. Famili Euphorbiaceae dan spesiesnya Erismanthus obliquus Wall. ex M?ll. Arg. adalah dominan di plot kajian. Analisis kepelbagaian menunjukkan Indeks Nilai Kepentingan (IVi) tertinggi adalah diwakili spesies Intsia palembanica Miq. dengan nilai 3.85%. Tekstur tanah di kawasan kajian mendapati didominasikan oleh pasir dan tanah jenis lom. Kandungan nutrien kalium (K) tersedia merekodkan bacaan tertinggi berbanding ciri makronutrien yang lain. Manakala, pH tanah adalah berasid dengan julat kandungan organik rendah ke sederhana iaitu 2.30 � 0.19% hingga 8.17 � 4.30% turut dicatat. Analisis Kesepadanan Berprinsip (PCA) dan Analisis Kesepadanan Kanonikal (CCA) menunjukkan bahawa ciri fizikal tanah lebih signifikan berbanding ciri kimia di kawasan kajian. Analisis CCA bagi ciri kimia pula menunjukkan kandungan Ca dan Mg tersedia di dalam tanah berkecenderungan kepada habitat ini. Oleh itu, adalah penting bagi mengekalkan dan memelihara keadaan fizikal tanah serta persekitarannya pada tahap yang optimum supaya spesies langka ini dapat dipelihara.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 172
Call Number: QK495.R15N847 2021 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File SizeFormat 
ukmvital_130635+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.46 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.