Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462819
Title: | Aplikasi bahan nano dalam penghasilan membran dan penjerap malakit hijau |
Authors: | Sharifah Nur Atikah Al Yahya Syed Firzatul Akbar (P89219) |
Supervisor: | Sharina Abu Hanifah, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Dyes and dyeing Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 9-Mar-2021 |
Description: | Malakit hijau merupakan pewarna sintetik yang diaplikasikan dalam industri akuakultur sebagai ubat dan industri tekstil pula sebagai pewarna kain. Namun, malakit hijau memberi impak kepada hidupan akuatik kerana bersifat karsinogenik, mutagenik dan teratogenik selain sisa pewarna yang menghalang cahaya masuk ke dalam air menyebabkan kekurangan oksigen. Oleh itu, penyelidikan ini dijalankan untuk mengkaji keupayaan bahan nano sebagai elektrod kerja sensor kimia bagi pengesanan malakit hijau dan penjerap bagi penyahwarnaan malakit hijau. Membran poli(akrilamida-ko-etil metakrilat), p(AAm-ko-EMA) berjaya disintesis dengan kehadiran kumpulan -NH, -CH, -C=O dan -C-O pada spektrum FTIR dan 1HNMR. Membran p(AAm-ko-EMA) yang mengandungi wayar nano perak menunjukkan peratus pembengkakan yang lebih rendah, 117 % berbanding membran p(AAm-ko-EMA), 187 %. Wayar nano perak yang digunakan sebagai bahan konduktif bagi pengesanan malakit hijau turut bertindak sebagai bahan pengisi bagi membran p(AAm-ko-EMA). Walau bagaimanapun, nanokomposit p(AAm-ko-EMA) wayar nano perak tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan berbanding dengan p(AAm-ko-EMA) dari analisis termogravimetrik. Selain itu, voltammetri berkitar menunjukkan bahawa membran berasaskan p(AAm-ko-EMA) berupaya mengesan malakit hijau. Membran p(AAm-ko-EMA) yang mengandungi wayar nano perak dan tris(bipyridine) ruthenium(II) yang dipegunkan ke atas SPE menunjukkan kehadiran malakit hijau pada puncak katodik sekitar -0.75 V sehingga -1.00 V membuktikan wayar nano perak berhasil berfungsi sebagai bahan konduktif dan tris(bipyridine) ruthenium(II) berupaya bertindak sebagai reagen pengesanan malakit hijau.Selain itu, penyahwarnaan larutan malakit hijau turut disahkan melalui spektrum UV-Vis di mana terdapat perbezaan pada puncak sebelum dan selepas penjerapan pada 617.5 nm dengan kehadiran tiub nano karbon berfungsi berhasil membuktikan fungsinya sebagai penjerap malakit hijau dengan memperoleh peratus penyingkiran malakit hijau sebanyak 92.64 %. Kesimpulannya, wayar nano perak berjaya diaplikasikan dalam penghasilan membran bagi sensor malakit hijau dan tiub nano karbon sebagai penjerap malakit hijau.,Sarjana Sains |
Pages: | 85 |
Call Number: | TP910.S533 2021 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_130632+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 5.39 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.