Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462818
Title: Kajian ektoparasit dan bakteria patogenik bawaan mamalia kecil di hutan bakau
Authors: Rosha Asyikha Mohd Sham (P97659)
Supervisor: Farah Shafawati Mohd Taib, Dr.
Keywords: Mangrove forests -- Malaysia
Mangrove ecology -- Malaysia
Mangrove plants -- Malaysia
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 1-Oct-2021
Description: Ekosistem bakau terletak di zon pasang surut pesisir pantai yang mempunyai peranan besar dalam menahan hakisan ombak, ribut, arus, dan pasang surut air laut. Selain menyediakan sumber makanan dan tempat tinggal bagi pelbagai organisma akuatik, habitat bakau menjadi habitat kepada mamalia kecil yang merupakan komponen penting dalam rantaian makanan dalam ekosistem ini. Mamalia kecil juga merupakan perumah kepada ektoparasit termasuk sengkenit dan hama, dengan menyediakan sumber makanan (darah). Ektoparasit ini pula berpotensi membawa patogen berbahaya dan mampu menyebarkan penyakit bawaan ektoparasit kepada manusia. Ironinya, kehadiran mamalia kecil dan ektoparasit bawaannya yang mampu memberi implikasi kepada manusia kurang diberi perhatian. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk menentukan kepelbagaian mamalia kecil dan ektoparasit bawaannya, seterusnya mengetahui kehadiran patogen berbahaya dalam ektoparasit ini. Kajian ini dijalankan di tiga hutan paya bakau di Semenanjung Malaysia. Sebanyak seratus perangkap sangkar telah diletakkan secara rawak di empat stesen di kawasan kajian dan pencarian ektoparasit telah dilakukan pada badan mamalia kecil yang ditangkap, sebelum dibebaskan. Spesies mamalia kecil dan ektoparasit yang diperoleh dikenal pasti berdasarkan ukuran morfologi dan disahkan melalui kaedah molekul. Seterusnya, setiap individu ektoparasit telah disaring untuk mengenalpasti kehadiran patogen berbahaya menggunakan beberapa primer terpilih. Sebanyak 94 individu mamalia kecil telah ditangkap dari semua lokasi kajian yang didominasi oleh spesies Rattus tiomanicus (78.7%, n=74). Daripada jumlah ini, 15 individu diinfestasi oleh sengkenit, 22 individu diinfestasi oleh hama, sementara 4 individu diinfestasi oleh kedua-dua spesies sengkenit dan hama. Berdasarkan analisis molekul, lima spesies sengkenit dan satu spesies hama telah dikenal pasti sebagai Amblyomma cordiferum (n=26), Dermacentor atrosignatus (n=5), Dermacentor auratus (n=4), Ixodes granulatus (n=2), Haemaphysalis hystricis (n=1), dan Echinolaelaps echidninus (n=60). Kesemua spesies sengkenit yang diperoleh adalah betina dengan tahap kitaran hidup yang berbeza (dewasa=10; nimfa=6; larva=22) dan hama pula terdiri daripada 42 individu dewasa, 17 nimfa dan 1 larva. Selain itu, dua bakteria telah dikesan daripada setiap ektoparasit iaitu Bartonella sp. dan Rickettsia spp. Dua daripada 38 individu sengkenit (5.26%) daripada spesies D. auratus dan H. hystricis yang menginfestasi R. tiomanicus telah menunjukkan keputusan PCR positif bagi DNA Bartonella. Seterusnya, 20 daripada 23 kumpulan hama (87.0%) dan 29 daripada 38 individu sengkenit (76.3%) adalah positif bagi gen Rickettsia 16S rDNA. Kajian ini menyediakan panduan tentang kepelbagaian mamalia kecil di habitat bakau yang penting terutama dalam sektor eko-pelancongan. Kajian pada masa hadapan boleh meneroka potensi penularan dan jangkitan zoonosis pada haiwan dan manusia yang secara langsung berhubungan dengan ekosistem hutan bakau, sama ada untuk tujuan pekerjaan mahupun pelancongan.,Sarjana Sains
Pages: 181
Call Number: SD397.M25R647 2021 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_130444+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
5.91 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.