Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462797
Title: | Sintesis dan pencirian N-propanoik-O-karboksimetil kitosan sebagai elektrolit polimer pepejal bagi aplikasi sel suria terpeka pewarna (DSSC) |
Authors: | Nurul Adilah Rodzali (P90313) |
Supervisor: | Nadhratun Naiim Mobarak, Dr. |
Keywords: | Kitosan Sintesis Sel suria terpeka pewarna (DSSC) Universiti Kebangsaan Malaysia - Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 23-May-2021 |
Description: | Kitosan merupakan antara polisakarida yang digunakan sebagai polimer induk bagi elektrolit polimer pepejal disebabkan oleh kehadiran tapak aktif hidroksil dan amina pada struktur kitosan. Tapak aktif ini memainkan peranan penting dalam proses penceraian garam dan pergerakan ion dalam elektrolit polimer pepejal. Walau bagaimanapun, kitosan mempunyai kekonduksian ion yang rendah. Oleh itu, penambahan kumpulan berfungsi baru seperti kumpulan karboksimetil dan propanoik mampu meningkatkan kekonduksian ion. Kepekatan natrium hidroksida (NaOH) yang digunakan semasa proses penyediaan akan mempengaruhi tapak penggantian pada kitosan sama ada pada kumpulan hidroksil atau amina. Maka, kesan kepekatan natrium hidroksida telah dikaji pada peringkat awal bagi menghasilkan N-propanoik-O karboksimetil kitosan. Kajian ini menggunakan kepekatan NaOH yang rendah bagi menghasilkan O-karboksimetil kitosan sebelum menggunakan kepekatan NaOH yang tinggi untuk penghasilan N-propanoik-O-karboksimetil kitosan. Hal ini berdasarkan pada analisis spektroskopi inframerah transformasi Fourier (FTIR) dan spektroskopi resonans magnet nukleus 1H (NMR), kumpulan hidroksil lebih cenderung tertukar ganti pada kepekatan NaOH yang rendah manakala kumpulan amina pula lebih mudah terganti pada kepekatan NaOH yang tinggi. Filem elektrolit polimer pepejal berasaskan N-propanoik-O-karboksimetil kitosan dengan kepekatan garam litium nitrat (LiNO3) yang berbeza (5% - 30%) dihasilkan dengan kaedah pengacuan larutan. Nilai kekonduksian ion karboksimetil kitosan meningkat dengan kehadiran kumpulan propanoik iaitu daripada 2.3 x 10-8 S cm-1kepada 1.71 x 10-5 S cm-1pada suhu bilik. Penambahan garam LiNO3 juga meningkatkan nilai kekonduksian ion sehingga 1.58 x 10-3 S cm-1pada kepekatan garam 15%. Analisis FTIR membuktikan berlakunya interaksi antara ion Li+daripada garam LiNO3 dengan atom oksigen dan nitrogen daripada kumpulan amina, hidroksil, karboksilat, eter dan C-O. Kestabilan elektrokimia filem N-propanoik-O-karboksimetil kitosan-15% LiNO3 adalah 3.57 V, dengan nilai nombor pemindahan melebihi 0.5. Analisis DFT menunjukkan iodin mampu digunakan sebagai sumber pasangan redoks dalam elektrolit. Penggunaan filem elektrolit polimer pepejal berasaskan N-propanoik-O-karboksimetil kitosan 15% LiNO3 dan iodin sebagai elektrolit dalam aplikasi sel suria terpeka pewarna mampu memberikan kecekapan walaupun hanya menggunakan ion iodida daripada sumber iodin. Hal ini membuktikan N-propanoik-O-karboksimetil kitosan berpotensi untuk digunakan sebagai elektrolit polimer pepejal.,Sarjana Sains |
Pages: | 111 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_123121+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 4.16 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.