Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462796
Title: Kajian sifat magnet dan elektrik bahan komposit (1-X) BaTiO3-xMgFe2O4
Authors: Mohamad Fahmi Amin Zolkepli (P75119)
Supervisor: Zalita Zainuddin, Dr.
Keywords: Dissertations, Academic -- Malaysia
Composite materials
Ferroelectricity
Ferromagnetic materials
Issue Date: Jul-2017
Description: Bahan yang memiliki kedua-dua sifat feroelektrik dan feromagnet dikenali sebagai bahan multiferoik. Bahan pelbagai fungsi seperti multiferoik telah menarik perhatian ramai sebagai dorongan untuk mencapai fungsi baru dari kepelbagaian aplikasinya. Dalam kajian ini, serbuk BaTiO3 diperolehi secara komersil manakala serbuk MgFe2O4 pula disediakan menggunakan kaedah sol-gel auto-pembakaran. Komposit multiferoik (1-x)BaTiO3-xMgFe2O4 disediakan menggunakan kaedah pengisaran bebola bertenaga tinggi dengan variasi pecahan berat, x = 0.0, 0.1, 0.3, 0.5, 0.7, 0.9 dan 1.0. Hasil pencirian XRD menunjukkan pembentukan dua fasa iaitu BaTiO3 yang berstruktur tetragon dan MgFe2O4 yang berstruktur kubus. Sampel komposit yang disinter pada suhu 1100 °C dan digunakan sepanjang kajian dan mempunyai purata saiz butiran pada skala mikro (0.3 sehingga 0.5 μm). Gelung histeresis magnet menunjukkan setiap sampel bersifat ferimagnet lembut dengan daya paksa, Hc yang rendah dan pemagnetan tepu, Ms yang tinggi. Peningkatan kuantiti MgFe2O4 telah meningkatkan nilai Ms dan pemagnetan baki, Mr namun kurang memberi kesan terhadap Hc. Hasil pencirian elektrik bagi setiap sampel menunjukkan kekonduksian elektriknya disumbang oleh sampel pukal. Pemalar dielektriknya adalah lebih tinggi pada frekuensi rendah dan semakin menurun apabila arus AC berfrekuensi lebih tinggi dikenakan terhadap sampel. Sampel x = 0.7 mempunyai pemalar dielektrik yang paling tinggi berbanding sampelsampel lain. Ia juga mempunyai kekonduksian tertinggi pada frekuensi rendah dan tinggi. Oleh itu, sampel x = 0.7 ini dipilih bagi menjalani pencirian seterusnya iaitu pada suhu yang berlainan. Sampel x = 0.7 mempunyai kerintangan pukal yang tertinggi pada suhu 50 °C iaitu 172 MΩ seterusnya ia menurun kembali kepada nilai terendah iaitu 0.91 MΩ pada suhu 200 °C. Pada frekuensi rendah, nilai pemalar dielektriknya juga dilihat tinggi pada suhu 33°C iaitu sekitar 1.6 x 103 dan berkurang bersama dengan peningkatan suhu. Namun yang demikian, kehilangan tangen mengalami peningkatan apabila suhu dan frekuensi ditingkatkan. Kekonduksian elektriknya pada suhu 33°C ialah 10-6 S m-1 yang berkurang pada suhu 50°C dan meningkat sehingga mencapai kekonduksian tertinggi sekitar 10-4 S m-1 pada suhu 200°C. Manakala analisis pencirian feroelektrik menunjukkan setiap komposit mempunyai sifat kapasitor kehilangan. Daripada kajian ini, didapati sampel komposit (1-x)BaTiO3-xMgFe2O4 ferimagnet yang baik tetapi, tidak dapat mengalami pengutuban feroelektrik yang baik,Tesis ini tiada 'Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah',Sarjana Sains
Pages: 87
Call Number: TA418.9.C6M834 2017 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_121865+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.45 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.