Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462774
Title: Tandan kosong kelapa sawit sebagai penyerap sisa minyak efluen kilang kelapa sawit
Authors: Norasiah Mohd Jahi (P73088)
Supervisor: Suria Ramli, Dr.
Keywords: Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Oil palm -- Waste disposal
Refuse and refuse disposal
Absorption
Issue Date: 25-Jul-2017
Description: Sisa tandan kosong kelapa sawit (TKKS) dan efluen kilang kelapa sawit (POME) menyebabkan pencemaran udara, tanah, dan air. Objektif kajian ini adalah untuk menentukan kebolehan selulosa terubahsuai daripada TKKS sebagai bahan penyerap yang efisen terhadap sisa minyak POME. Selulosa daripada TKKS diestrak melalui rawatan alkali dan hidrolisis asid. Seterusnya, selulosa TKKS diubahsuai melalui teknik pengasetilan dengan reagen bukan polar iaitu asetik anhidrida (CH3CO)2O pada nisbah selulosa:(CH3CO)2O iaitu 1:20, 1:30, 1:40 dan 1:50 (g/mL) dan masa tindak balas 1 hingga 4 jam. Pencirian selulosa terubahsuai dilakukan menggunakan instrumen ATR-FTIR, XRD dan BET serta penentuan keberkesanan menggunakan peratus pertambahan berat (% WPG), peratus darjah kehidrofobikan (%), darjah penggantian dan ujian serapan sisa minyak POME. Keputusan analisis ATR-FTIR menunjukkan keamatan pada puncak 3400 cm-1 dan 2906 cm-1 semakin tinggi merujuk kepada regangan kumpulan -OH dah C-H disebabkan oleh pendedahan struktur selulosa TKKS selepas menjalani rawatan alkali dan asid hidrolisis. Keamatan pada puncak 1735 cm-1 dan 1248 cm-1 berkurang akibat kesan kehilangan kumpulan C=O dan C-O-C yang terdapat dalam struktur lignin dan hemiselulosa selepas menjalani rawatan alkali dan pelunturan. Kehadiran puncak baru pada 1751 cm-1 dan 1050-1220 cm-1 merujuk kepada regangan kumpulan ester C=O dan asetil C-O daripada struktur molekul asetik anhidrida (CH3CO)2O pada sampel selulosa TKKS terubahsuai dan semakin ketara pada sampel 1:40 (g/mL). Pertambahan berat selulosa TKKS semakin ketara sehingga 13.7 g bagi sampel terubahsuai 1:40 (g/mL). Indeks kehabluran (CI) bagi sampel terubahsuai 1:40 (g/mL) semakin susut selepas berlaku pengubahsuaian dengan nilai CI 63.8% kepada 57%. Darjah penggantian kumpulan asetil (C-O-C) dan (C=O) ke atas gentian selulosa TKKS terubahsuai 1:40 (g/mL) ialah 0.10 serta mempunyai peratus darjah kehidrofobikan sehingga 87.7%. Hasil analisis BET mendapati sampel selulosa TKKS terubahsuai 1:40 (g/mL) mempunyai kawasan permukaan dan jumlah liang yang tinggi iaitu masing-masing ialah 0.312 m2/g dan 0.012 cm3/g. Selulosa TKKS terubahsuai 1:40 (g/mL) terbukti sebagai bahan penyerap yang baik kerana berjaya menyerap sisa minyak POME sebanyak 0.96 (g/g) berbanding sampel 1:20, 1:30 dan 1:50 (g/mL). Kesimpulannya, sisa pepejal TKKS berjaya dibangunkan sebagai bahan penyerap sisa minyak POME yang efisen, mudah dan murah. Selain itu, masalah pencemaran alam yang disebabkan oleh sisa POME dapat dikurangkan dengan memanfaatkan sisa ladang kelapa sawit menjadikan bahan bernilai tinggi,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 100
Call Number: TD930.3.N646 2017 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_121702+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.28 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.