Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462770
Title: Variasi sebastian penanda bio-lipid (sterol dan alkohol lemak) di dalam sedimen di muara Sungai Muar
Authors: Noor Farahin Amiruddin (P62875)
Supervisor: Masni Mohd Ali, Prof. Madya Dr.
Keywords: Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Sterols
Fatty alcohols
Marine sediments
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 20-Jun-2016
Description: Penentuan taburan dan pengenalpastian sumber utama sterol dan alkohol lemak memainkan peranan penting dalam mengkaji tahap kualiti dan memahami kitaran biogeokimia perairan muara Sungai Muar, serta pengurusan lestari bagi persekitaran marin. Sejumlah 15 sampel sedimen permukaan di sekitar Sungai Muar dan pesisir pantai di bahagian muara telah diekstrak dan dianalisis menggunakan kromatografi gas-spektrometri jisim (GC-MS). Sebanyak 16 sebatian sterol dan 18 sebatian alkohol lemak telah dikenalpasti. Julat kepekatan di dalam sedimen permukaan untuk sterol adalah di antara 101.01 - 183545.36 ng g-1 berat kering, manakala bagi alkohol lemak dari 0.22 - 5180.76 ng g-1 berat kering. Secara keseluruhannya, lokasi kajian didominasi oleh sebatian-sebatian dari sumber marin dan terestrial seperti sebatian kolesterol, sterol marin (brasikasterol, dinosterol, 24 nor-cholesta-5,22(E)-dien-3β-ol, 24 nor-cholesta-22(E)-en-3β-ol dan 27-nor-24-methylcholesta-5,22 dien-3β-ol), alkohol lemak berantai panjang (C21-C24) dan fitol. Ini turut ditunjukkan oleh Indeks Sumber Sterol (SSI), Indeks Sumber Alkohol (ASI) serta nisbah alkohol lemak rantai pendek/rantai panjang. Penilaian pencemaran kumbahan di kawasan kajian turut dikaji menggunakan sterol daripada sisa kumbahan seperti koprostanol, epikoprostanol dan kolestanol bersama-sama dengan sebatian alkohol lemak bercabang. Kawasan kajian didapati tidak mengalami pencemaran kumbahan berdasarkan kepekatan sebatian-sebatian tersebut dan indeks yang digunakan. Nisbah karbon/nitrogen (C/N) menunjukkan bahawa kandungan bahan organik adalah daripada sumber marin dan terestrial. Kehadiran sterol dan alkohol lemak di dalam sedimen muara Sungai Muar didapati berpunca daripada pelbagai jenis sumber organik, walaupun lebih didominasi oleh sumber organik marin dan terestrial,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 131
Call Number: QP752.S75N645 2016 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_121463+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.63 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.