Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462743
Title: Pembangunan kaedah penentuan residu metsulfuron methyl dalam minyak sawit mentah dan minyak isirong sawit mentah
Authors: Nik Sasha Khatrina Khairuddin (P60992)
Supervisor: Ismail Sahid, Prof. Dato' Dr.
Keywords: Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Palms -- Disease and pests
Metsulfuron
Pesticides -- Analysis
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 15-Feb-2017
Description: Tujuan kajian ini adalah untuk membangunkan kaedah bagi penentuan residu metsulfuron methyl (MSM) dalam minyak sawit mentah (CPO) dan minyak isirong sawit mentah (CPKO) menggunakan sistem kromatografi cecair dengan spektrometer jisim, LC/MS/MS-QqQ. Beberapa teknik seperti penyerakan fasa pepejal matrik (MSPD), pengekstrakan fasa pepejal dispersive (d-SPE) dan pengekstrakan cecaircecair diikuti dengan pembersihan sampel melalui SPE telah dikaji. Faktor-faktor seperti jenis pelarut pengekstrakan, kesan langkah pemanasan sampel ketika proses pengekstrakan, langkah pemendakan pada suhu rendah dan kesan matrik telah dicubajaya. Berdasarkan beberapa teknik yang telah dicubajaya serta faktor yang diubahsuai, maka kaedah pengekstrakan menggunakan metanol, langkah pemanasan sampel, pemendakan pada suhu rendah dan diikuti dengan langkah pembersihan menggunakan SPE jenis karbograf telah dipilih. Keputusan awal menunjukkan perolehan semula yang baik (80-90%) bagi analisa residu MSM dalam CPO. Penggunaan kaedah yang sama untuk kajian perolehan semula bagi analisa residu MSM dalam matrik CPKO telah juga dijalankan. Keputusan perolehan semula (>90%) yang baik turut diperoleh bagi analisa residu MSM dalam matrik tersebut. Parameter pengesahan kaedah yang merangkumi kepilihan (selectivity) dan kekhususan (specificity), lineariti, had pengesanan dan kuantifikasi (LOD dan LOQ), ketepatan, kejituan, ketahan lasakan (ruggedness) dan keteguhan (robustness) bagi kedua-dua matrik CPO dan CPKO telah dijalankan bagi mengesahkan kebolehgunaan kaedah. Hasil kajian menunjukkan bahawa lineariti yang baik dengan purata pekali penentuan (R2 ) >0.99 bagi analisa residu MSM di dalam kedua-dua CPO dan CPKO telah diperolehi. LOD dan LOQ bagi analisa residu MSM dalam kedua-dua matrik CPO dan CPKO masing-masing telah ditentukan pada kepekatan 1.0 dan 5.0 ng/g. Ketepatan kaedah telah dibuktikan dengan menjalankan kajian perolehan semula pada tiga kepekatan, sebanyak enam replikasi. Peratus perolehan semula yang boleh diterima pakai (>80%) dengan sisihan piawai relatif (RSD) <8.0% turut diperolehi. Eksperimen bagi menentukan kebolehulangan (repeatability), kebolehhasilan (reproducibility) serta kejituan pertengahan (intermediate precision) menunjukkan keputusan RSD <7.0%. RSD yang rendah ini membuktikan kaedah yang dibangunkan mempunyai kejituan yang sangat tinggi dan sesuai digunakan dalam analisa residu MSM dalam kedua-dua matrik CPO dan CPKO. Melalui cubaan untuk menggunakan kaedah ini ke atas enam minyak sayuran yang lain iaitu minyak zaitun, minyak soya, minyak kacang tanah, minyak kelapa, minyak sawit merah dan minyak superolein, didapati ia hanya sesuai digunakan untuk analisa residu MSM dalam minyak kelapa selain dari CPO dan CPKO. Selain itu, pemantauan minyak sawit di Malaysia turut dijalankan dengan menganalisa 10 sampel CPO yang diperolehi dari pelbagai kilang di seluruh Malaysia. Hasil keputusan pemantauan CPO menunjukkan bahawa kesemua sampel yang dianalisa adalah bebas dari residu MSM.,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah"
Pages: 154
Call Number: SB608.P22N536 2017 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_120887+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
929.34 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.