Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462724
Title: Pengekspresan dan pencirian epoksida hidrolase daripada Rhodococcus ruber (UKMP-5M)
Authors: Noor Munyati Othman (P43108)
Supervisor: Amir Rabu, Dr.
Keywords: Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations
Academic-Malaysia
Epoxy compounds
Rhodococcus
Gene expression
Issue Date: 30-Aug-2012
Description: Epoksida hidrolase memainkan peranan penting dalam mendegradasi sebatian organik dan berpotensi besar sebagai pemangkin. Epoksida hidrolase menghidrolisis epoksida menghasilkan epoksida enantiomer tulen dan sebatian yang mempunyai kumpulan sampingan diol, iaitu sebatian yang kurang toksik, tidak reaktif dan berguna kepada industri farmaseutikal serta kimia organik. Walaupun epoksida hidrolase telah banyak dikaji namun koleksi epoksida hidrolase sedia ada masih terhad dan menunjukkan kecekapan katalitik yang rendah. Selain itu, kespesifikan epoksida hidrolase terhadap substrat tertentu dan substrat yang pelbagai menyebabkan kajian terhadap epoksida hidrolase daripada pelbagai sumber perlu diteruskan. Bakteria pencilan tempatan yang dikenalpasti melalui rRNA 16s sebagai Rhodococcus ruber UKMP-5M mempunyai aktiviti epoksida hidrolase. Genom bakteria ini mengandungi jujukan gen epoksida hidrolase sepanjang 858 pb mengkodkan protein sepanjang 285 asid amino. Gen epoksida hidrolase diamplifikasi daripada genom dan diklonkan ke dalam vektor pGEMT-easy. Seterusnya gen epoksida hidrolase disubklon ke dalam vektor pengekspresan pET200 menghasilkan pET-EH/UKMP-5M. Enzim rekombinan diekspres menggunakan sistem pengekpresan Escherichia coli. Enzim rekombinan diaruh dengan 1mM IPTG pada suhu 25°C selama 14 jam dan protein dengan berat molekul 35 kDa diperolehi. Enzim rekombinan ditulenkan menggunakan dua kaedah penulenan iaitu pemendakan menggunakan ammonium sulfat dan kromatografi penurasan gel. Aktiviti enzim rekombinan terhadap stirena oksida dicirikan menggunakan pengasaian spektrofotometer. Enzim rekombinan menmpunyai suhu dan pH optimum pada 50°C dan pH 8 serta menunjukkan kestabilan suhu dan pH pada 54°C dan pH 9. Aktiviti enzim meningkat dengan kehadiran β-merkaptoetanol dan direncat dengan kehadiran Zn2+, Mn2+, Mg2+, dan DMSO. Nilai Km dan Vmaks pula adalah 2.45 mM dan 9.523 μmolmg-1min-1. Nilai kcat enzim adalah 5.577 s-1 manakala nilai kcat/Km adalah 2.276 mM-1s-1. Epoksida hidrolase daripada Rhodococcus ruber UKMP-5M menunjukkan kecekapan katalitik yang rendah terhadap stirena oksida berbanding epoksida hidrolase daripada Agrobacterium radiobacter AD1,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 113
Call Number: QD383.E66N646
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_120707+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
24.64 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.