Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462707
Title: Aktiviti sitotoksik ekstrak etanol famili piperaceace terpilih ke atas titisan sel kanser hati manusia
Authors: Wan Haifa Haryani Wan Omar (P34310)
Supervisor: Shahrul Hisham Zainal Ariffin, Prof. Madya Dr.
Keywords: Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Cell-mediated cytotoxicity
Ethanol
Cancer cells
Issue Date: 21-May-2012
Description: Kajian terdahulu melaporkan bahawa spesies daripada famili Piperaceae berupaya untuk merencat pertumbuhan sel kanser. Oleh yang demikian, kajian ini dilakukan untuk menentukan kesan ekstrak etanol daripada famili Piperaceae terpilih ke atas titisan sel kanser hati manusia (HepG2). Sebanyak lapan spesies ekstrak etanol daripada famili Piperaceae dipilih secara rawak dan diuji melalui kaedah pengasaian MTT. Hasil kajian awal mendapati kelapan-lapan ekstrak etanol daripada famili Piperaceae (P. sarmentosum, P. ramipilum, P. paucistigmum, P. betle, P. macronatum, P. ridleyi, P. magnibaccum dan P. miniatum) menunjukkan aktiviti sitotoksik ke atas sel HepG2 dengan nilai IC50 iaitu kepekatan ekstrak yang merencat 50% populasi sel adalah di antara 12.5 μg/mL-21.9 μg/mL. Di antara kelapan-lapan spesies ini, ekstrak etanol P. sarmentosum memberikan nilai IC50 yang paling rendah iaitu 12.50 ± 0.03 μg/mL. Tiada aktiviti sitotoksik ditunjukkan oleh kesemua ekstrak etanol apabila diperlakukan ke atas sel bukan kanser Chang disebabkan nilai IC50 melebihi 30 μg/mL. Oleh itu, ekstrak etanol P. sarmentosum dipilih untuk kajian selanjutnya. Kaedah analisis viabiliti sel menggunakan tripan biru pula mendapati ekstrak etanol P. sarmentosum menurun secara signifikan (p<0.05) terhadap sel HepG2 berbanding kawalan. Seterusnya, kajian mod kematian sel HepG2 dengan perlakuan ekstrak etanol P. sarmentosum menggunakan pewarnaan May-Grunwald Giemsa dan akridin jingga/etidium bromida membuktikan kematian sel HepG2 adalah melalui apoptosis dan bukannya nekrosis. Selain itu juga, beberapa perubahan morfologi seperti kondensasi kromatin, fragmentasi nukleus dan penghasilan jasad apoptotik dicerap apabila sel HepG2 diperlakukan dengan ekstrak etanol P. sarmentosum. Indeks apoptotik pada sel HepG2 dengan perlakuan ekstrak etanol P. sarmentosum didapati meningkat dari 33.00 ± 0.03% pada 24 jam kepada 48.00 ± 0.02% pada 48 jam dan seterusnya meningkat kepada 68.00 ± 0.02% pada 72 jam. Analisis fragmentasi DNA pula menunjukkan kehadiran fragmen DNA yang bersaiz 180-200 pb dihasilkan apabila sel HepG2 diperlakukan dengan ekstrak etanol P. sarmentosum menunjukkan kematian sel adalah secara apoptosis. Kesimpulannya, hasil kajian ini telah mencadangkan ekstrak etanol P. sarmentosum mempamerkan aktiviti sitotoksik terhadap sel HepG2 secara in vitro,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah"
Pages: 139
Call Number: QR185.5.W344 2012 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_120432+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
773.66 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.