Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462683
Title: Analisis perbandingan proteom bagi prototaip bakteria asid laktik Lactococcus lactis subsp. cremoris MG1363 dengan dua strain L. lactis tempatan M4 dan M12
Authors: Theresa Yap Wan Chen (P55945)
Supervisor: Amir Rabu, Dr.
Keywords: Lactococcus lactis
Elektroforesis
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations.
Issue Date: 5-May-2013
Description: Lactococcus lactis merupakan spesies bakteria asid laktik (LAB) yang terbanyak dikaji di mana L. lactis digunakan secara meluas dalam industri fermentasi dan makanan tenusu serta memainkan peranan yang penting sebagai kilang sel. Dengan adanya jujukan genom L. lactis yang lengkap, aplikasi proteomik dapat digunakan untuk menyelidik profil protein secara global bagi strain L. lactis. Dalam kajian ini, proteom bagi prototaip LAB L. lactis subsp. cremoris MG1363 dibandingkan dengan dua strain L. lactis tempatan iaitu M4 dan M12 yang diperoleh daripada susu lembu tempatan untuk mengenalpasti protein yang diekspreskan secara berbeza serta mengenalpasti protein penanda yang dapat mencirikan strain L. lactis tempatan. Pendekatan yang digunakan adalah Elektroforesis 2-Dimensi (2-DE) berganding dengan Matriks-Bantuan Laser Penyahjerapan/Pengionan-Masa Penerbangan (MALDI-TOF/TOF). Selain itu, perbandingan profil protein secara global antara strain L. lactis serta perubahan fisiologi yang berlaku semasa peralihan fasa pertumbuhan (fasa pertengahan-eksponen dan fasa awal-pegun) antara strain L. lactis juga dikaji dengan menggunakan kromatografi cecair ultra-prestasi pengionan elektrosemburan nano-aliran spektrometri jisim sejajar (UPLC-nanoESI-MS/MS). Analisis perbandingan gel 2-DE berjaya mengenalpasti protein yang diekspreskan secara berbeza antara strain L. lactis tempatan dengan prototaip LAB L. lactis subsp. cremoris MG1363. Walau bagaimanapun, protein tersebut tidak dapat digunakan sebagai penanda yang pasti untuk membezakan strain. Analisis lanjut perlu dijalankan untuk mengesahkan keunikan protein tersebut sebagai protein penanda. Di samping itu, analisis UPLC-nanoESI-MS/MS berjaya mengenalpasti proteom strain L. lactis pada fasa pertumbuhan berbeza pada keadaan optimum. Sejumlah 100, 120 dan 193 protein dapat dikenalpasti pada fasa pertumbuhan pertengahan-eksponen (OD600 ~0.8) manakala 121, 159, 146 protein dapat dikenalpasti pada fasa pertumbuhan awal-pegun (OD600 ~1.8), masing-masing bagi L. lactis strain M4, M12 and MG1363. Analisis perbandingan proteom antara strain L. lactis menunjukkan bahawa majoriti protein bagi ketiga-tiga dataset proteom didapati terlibat dalam fungsi translasi dan metabolisme tenaga. Apabila pertumbuhan sel beralih dari fasa pertengahan-eksponen ke fasa awal-pegun, protein seperti thioredoxin dan thioredoxin jenis-H yang berfungsi untuk mengekalkan keadaan redoks sel dan melindungi sel daripada tekanan oksidatif dapat dijumpai. Enzim 2-dihidropentoat-2-reduktase yang terlibat dalam biosintesis pentothenat (Vitamin B5) yang berpotensi digunakan sebagai protein sasaran untuk membangunkan sebatian antibiotik dan herbisidal yang baru dapat dikenalpasti dari dataset proteom strain M4 dan MG1363. Protein dwi-fungsi FolD yang terlibat dalam metabolisme karbon tunggal berperantaraan-folat hanya dapat dikenalpasti dari dataset proteom strain M12 juga mencadangkan potensi strain M12 dibangunkan sebagai kilang sel untuk mensintesiskan folat (Vitamin B9) melalui kejuruteraan metabolik. Penyelidikan ini berjaya memeta serta membandingkan proteom untuk strain L.lactis tempatan dan juga prototaip LAB L. lactis subsp. cremoris MG1363 antara fasa pertumbuhan. Strain L. lactis tempatan didapati berpotensi dibangunkan sebagai kilang sel untuk pelbagai aplikasi bioteknologi.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 174
Call Number: QR121.Y345 2013 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_119502+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
55.13 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.