Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462667
Title: Pengesanan status halal produk makanan menggunakan pendekatan perlombongan data.
Authors: Khairatul Alyani Badari (P53680)
Supervisor: Azuraliza Abu Bakar, Prof. Dr.
Keywords: Halal food industry
Data mining
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 6-Aug-2012
Description: Isu pensijilan halal bagi produk makanan semakin mendapat perhatian di Malaysia disebabkan oleh peningkatan kesedaran di kalangan umat Islam tentang kepentingan makanan halal. Sejumlah besar data produk yang terdapat di pasaran membolehkan penggunaan teknik perlombongan data untuk mengekstrak pengetahuan yang penting bagi tujuan pengesahan produk halal. Kajian ini bertujuan untuk membangunkan model ramalan untuk pengesahan produk halal menggunakan pohon keputusan. Dalam kajian ini, pengelas yang digunakan adalah pengelas pohon keputusan. Tujuannya adalah untuk mencari hubungan yang boleh dipercayai dan untuk meramalkan kelas data produk halal. Data dikumpulkan daripada maklumat pelbagai jenis makanan dan diperolehi dari laman sesawang JAKIM. Kaedah simulasi data dilakukan bagi mendapatkan jumlah data yang lebih banyak dan kehadiran atribut bahan yang lebih seimbang kerana jumlah data yang mencukupi diperlukan bagi mendapatkan hasil pengelasan yang terbaik. Sebanyak 300 data produk tenusu dengan 80 ciri-ciri dikumpulkan dalam kajian ini. Antara ciri yang digunakan adalah kategori produk, nama produk, bahan produk, syarikat pembekal bahan, dan pengilang produk. Tujuan membangunkan model pengelas pohon keputusan adalah untuk mendapatkan model ramalan terbaik dari set data bahan produk. Kajian ini dijalankan dengan dua peringkat pembangunan model. Pertama, untuk mendapatkan set atribut penting dan berkualiti untuk menghasilkan pengetahuan yang dikehendaki. Kedua, untuk membangunkan model pengelas pohon keputusan berdasarkan atribut terpilih. Prestasi pengelas dinilai ke atas set data ujian dari segi ketepatan model, bilangan dan panjang petua, dan kaedah penilaian ROC. Hasil uji kaji menunjukkan bahawa pengelas pohon keputusan dapat menghasilkan ketepatan yang baik dan mengelaskan produk dengan atribut terpilih.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tess Sarjana / Doktor Falsafah"
Pages: 121
Call Number: QA76.9.D343K48 2012 3 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_119219+SOURCE1+SOURCE1.1.PDF
  Restricted Access
771.19 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.