Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462657
Title: | Kesan tindakan celluclast® dan endoglukanase rekombinan terpilih terhadap pencuraian tandan kosong kelapa sawit |
Authors: | Noor Shafryna Salleh (P82973) |
Supervisor: | Abdul Munir Abdul Murad, Prof. Madya. Dr. |
Keywords: | Waste products as fuel Biomass energy Oil palm Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 15-Nov-2017 |
Description: | Malaysia menghasilkan sekitar 80 juta tan sisa pertanian kelapa sawit setiap tahun yang berpotensi untuk ditukar kepada gula ringkas dan boleh digunakan sebagai substrat dalam proses fermentasi untuk penghasilan produk yang mempunyai nilai tambah. Namun sifat tegar kompleks lignin-hemiselulosa-selulosa terhadap tindakan enzim, menjadi cabaran utama dalam usaha untuk mencuraikan biojisim ini kepada gula ringkas. Kajian ini bertujuan untuk menentukan keberkesanan pencuraian tandan kosong kelapa sawit (TKKS) terawat natrium hidroksida (NaOH) kepada gula ringkas oleh Celluclast®, enzim komersial daripada Trichoderma reesei serta campurannya dengan enzim endoglukanase rekombinan terpilih iaitu EglB daripada Aspergillus niger dan CMC3 daripada Humicola insolens. Analisis kimia mendapati fiber TKKS terawat didapati mengandungi sekitar 78.26% holoselulosa. Melalui pengasaian kalorimetri DNS, penambahan endoglukanase rekombinan kepada Celluclast® semasa pencuraian TKKS terawat menunjukkan peningkatan gula terturun berbanding tanpa penambahan. Penghasilan gula terturun tertinggi campuran di antara Celluclast® dan EglB dicatatkan pada nisbah aktiviti enzim 1:80, manakala penghasilan gula terturun tertinggi bagi campuran Celluclast® dan CMC3 pula adalah pada nisbah 1:100 unit aktiviti enzim. Analisis kromatografi cecair berprestasi tinggi (HPLC) mendapati, pencuraian TKKS menghasilkan tiga gula ringkas iaitu glukosa, xilosa dan selobiosa dengan kepekatan yang rendah. Penguraian TKKS meningkat apabila β-glukosidase komersial iaitu Accellerase® BG ditambah pada kepekatan yang tetap ke dalam campuran koktail Celluclast® dan endoglukanase rekombinan. Accellerase® BG bertindak menukarkan selobiosa kepada glukosa. Ini ditunjukkan oleh analisis HPLC yang mendapati kehadiran hanya dua puncak gula iaitu xilosa dan glukosa, manakala tiada gula selobiosa yang dapat dikesan. Selain itu, koktail enzim yang mengandungi endoglukanase rekombinan menunjukkan peningkatan kepekatan glukosa sehingga 60%, dan xilosa 28% berbanding koktail enzim tanpa endoglukanase rekombinan. Sebagai kesimpulan, kajian ini menunjukkan, endoglukanase rekombinan berupaya bertindak balas bersama Celluclast® dan Acellerase® BG untuk meningkatkan pencuraian selulosa TKKS terawat kepada gula ringkas.,Sarjana Sains (Biokimia) |
Pages: | 114 |
Call Number: | TP360.N636 2018 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_118776+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.53 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.