Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462629
Title: | Penggunaan teori kabur dalam penilaian tanggapan pelajar terhadap pembelajaran berasaskan permainan dan rekreasi |
Authors: | Siti Siryani Sofian (P80259) |
Supervisor: | Azmin Sham Rambely, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Fuzzy logic Fuzzy systems Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 2019 |
Description: | Maklum balas pelajar terhadap sesebuah sistem pengajaran dan pembelajaran perkhidmatan amat penting bagi menentukan keberkesanannya. Namun begitu, tanggapan individu bersifat subjektif dan kabur. Kepuasan pelajar terhadap pembelajaran berasaskan permainan dan rekreasi (PBPR) diperoleh daripada penggunaan teori kabur melalui Analisis Konjoin Kabur (AKK) dan Sistem Inferens Kabur (SIK). Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengukur keberkesanan PBPR melalui sembilan faktor dalam domain afektif, keyakinan diri dan nilai-tambah pelajar dengan mengukur nilai kesamaan bagi setiap faktor menggunakan kaedah AKK. Kajian ini juga mengukur indeks kepuasan pelajar terhadap aktiviti dan permainan melalui SIK dan seterusnya menentukan keberkesanan modul PBPR ke atas para pelajar. Kajian ini melibatkan soal selidik yang diperoleh daripada 1494 orang pelajar yang menyertai Kem Kembara Ilmu anjuran kumpulan penyelidikan UKM, PRISMatik. Sebelas modul dilaksanakan dan tanggapan pelajar terhadap sembilan faktor diukur melalui soal selidik yang dikumpul selepas pelaksanaan setiap modul. Sembilan faktor tersebut ialah minat, semangat, kemahiran menyelesaikan masalah, usaha, kerjasama, ganjaran, kepentingan subjek matematik, keluwesan matematik dan subjek matematik menarik. Kaedah soal selidik skala-Likert tujuh-titik digunakan untuk mengumpul keutamaan dan tanggapan pelajar. AKK adalah kaedah matematik yang digunakan untuk menyelesaikan masalah kekaburan yang wujud dalam tanggapan pelajar bagi menentukan faktor pilihan pelajar. Melalui AKK, skor yang telah diberikan oleh para pelajar dijelmakan kepada darjah kesamaan yang mewakili tanggapan pelajar terhadap sembilan faktor dalam setiap modul. Menggunakan SIK pula, sistem berasaskan peraturan dibangunkan berdasarkan penyataan linguistik peraturan jika-maka untuk mensimulasi tingkah laku pelajar dan menentukan kepuasan pelajar terhadap PBPR dengan mengira indeks kepuasan (IK) pelajar. Darjah kesamaan tertinggi yang diperoleh melalui AKK dan purata SIK tertinggi mencerminkan keberkesanan PBPR. Hasil kajian mendapati bahawa minat, usaha dan kerjasama merupakan faktor yang paling memberi kesan dalam meningkatkan motivasi pelajar kerana faktor ini memenuhi keutamaan mereka hampir dalam setiap modul. Modul Sifir'a merupakan permainan yang paling memenuhi kepuasan pelajar kerana mencatat purata IK yang paling tinggi dalam setiap domain. Modul PBPR didapati telah memberi kesan dalam memotivasikan minat pelajar terhadap matematik kerana kesemua faktor memenuhi keutamaan pelajar hampir dalam setiap modul dan purata SIK bagi setiap domain melebihi 80%. Kesimpulannya, AKK berupaya menilai kekaburan yang wujud dalam skala-Likert dan menentukan faktor yang menjadi keutamaan pelajar dalam menanam motivasi terhadap matematik. Kaedah ini berupaya untuk membantu tenaga pengajar mengenal pasti kemampuan faktor yang ingin diterapkan dalam sesebuah proses pengajaran & pembelajaran. Pendekatan SIK pula dapat mengatasi masalah multi-kriteria melalui sistem berasaskan peraturan dan menghasilkan indeks kepuasan untuk menentukan keberkesanan sesebuah teknik pengajaran dan pembelajaran.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah,Sarjana Sains |
Pages: | 132 |
Call Number: | QA9.64.S593 2019 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_117444+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 907.32 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.