Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462617
Title: | Aktiviti antimalaria aktinomiset FH025 dan kesan terhadap pemfosfatan Ser9 glikogen sintase kinase 3β |
Authors: | Noor Dhiana Efani Dahari (P 67464) |
Supervisor: | Hasidah Mohd Sidek, Prof. Dr. |
Keywords: | Antimalarials Glycogen synthase kinase-3 Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 27-Feb-2017 |
Description: | Glikogen sintase kinase 3β (GSK3β) yang diketahui memainkan peranan penting dalam mengawalatur respons inflamasi semasa infeksi bakteria dan parasit merupakan sasaran drug menarik terapi malaria iaitu melalui kesan imunomodulasi hos. Kerintangan parasit terhadap drug antimalaria sedia ada telah meningkatkan usaha penyelidikan untuk mengeksploitasi sumber biokepelbagaian tempatan terutamanya aktinomiset dalam pencarian agen antimalaria berkesan dengan mekanisme tindakan novel. Kajian ini bertujuan untuk menilai aktiviti antimalaria in vitro dan in vivo ekstrak tanah aktinomiset FH025 dan mengkaji kesan perlakuan ekstrak tersebut terhadap status pemfosfatan Ser9 GSK3β dalam hepar terinfeksi malaria (Plasmodium berghei NK65). Aktiviti antiplasmodium ekstrak kasar aseton FH025 serta fraksi kloroform, heksana, etil asetat dan butanol (FK, FH, FEA dan FB) disaring menggunakan pengasaian plasmodium laktat dehidrogenase (pLDH). Daripada pengasaian ini, ekstrak kasar aseton FH025 dan FK merencat pertumbuhan Plasmodium falciparum strain 3D7 dengan aktif (masing-masing IC50 1.28 ± 0.11 µg/mL dan 7.36 ± 1.40 µg/mL). Kedua-dua ekstrak kasar aseton FH025 dan FK merencat P. falciparum 3D7 secara selektif dengan indeks pemilihan (SI) melebihi 10. Perlakuan secara intraperitoneum 25, 50, 100 dan 250 mg/kg berat tubuh (BT) ekstrak kasar aseton FH025 selama empat hari berturut-turut (secara terapeutik) terhadap mencit terinfeksi-P. berghei NK65 memberikan aktiviti kemopenindasan berkadaran dos masing-masing sebanyak 44.88, 53.71, 65.92 dan 79.36% perencatan. Perlakuan profilaksis ekstrak kasar aseton FH025 selama empat hari berturut-turut menghasilkan aktiviti kemopenindasan yang hampir sama (kemopenindasan >60%) pada dos 100 dan 250 mg/kg BT. Perlakuan ekstrak kasar aseton FH025 terhadap mencit terinfeksi-P. berghei meningkatkan tempoh kemandirian median mencit berbanding mencit terinfeksi tanpa perlakuan bagi kedua-dua kajian terapeutik dan profilaksis. Di samping itu, mencit normal (tanpa infeksi) yang diberikan perlakuan ekstrak kasar aseton FH025 sehingga 250 mg/kg BT selama empat hari berturut-turut hidup sepanjang 30 hari tempoh pemantauan. Analisis Western menunjukkan perlakuan ekstrak kasar aseton FH025 secara terapeutik dan profilaksis meningkatkan pemfosfatan Ser9 GSK3β hepar mencit terinfeksi berbanding kawalan. Hasil sama diperoleh pada hepar mencit tanpa infeksi (normal) yang diberi perlakuan ekstrak kasar aseton FH025. Secara keseluruhannya, penemuan kajian ini mencadangkan aktiviti antimalaria ekstrak kasar aseton FH025 diperantara melalui perencatan GSK3β hos dan berpotensi sebagai sasaran drug dalam malaria.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" |
Pages: | 143 |
Call Number: | QP606.P76N636 2017 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_117171+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.03 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.