Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462613
Title: Kajian potensi risiko pendedahan 2,4-D dimetilamina dan paraquat di kalangan pesawah padi di Kerian, Perak
Authors: T. Norbrilliant Mokhtar (P35918)
Supervisor: Ismail Sahid, Prof. Dr.
Keywords: Pesticides -- Environmental aspects
Pollution -- Health aspects
Dimethylamine
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 2-Apr-2012
Description: semasa proses membancuh, menuang dan melaksanakan aktiviti penyemburan telah dijalankan. Bagi pendedahan di lapangan, kepekatan residu pestisid dalam urin adalah indikator risiko paling sesuai berbanding pengukuran residu dalam plasma. Dalam kajian ini, sampel urin daripada 60 orang responden kajian dan 10 orang responden kawalan dikumpul dan disimpan pada suhu 2-5°C. Tahap pendedahan bagi paraquat dan 2,4-D dimetilamina di dalam sampel urin ditentukan sehari sebelum penggunaan pestisid dan pada 4, 8, 24 dan 48 jam selepas penggunaan. Kesemua sampel urin dianalisis dengan menggunakan Kromatografi Cecair Berprestasi Tinggi dengan Pengesan UV (254 ~280nm). Paraquat dikesan pada masa 4.9 minit manakala 2,4-D dimetilamina pada 11.9 minit dengan aliran yang ditetapkan ialah 1.0 ml/minit. Keputusan menunjukkan kebanyakan residu paraquat dalam badan responden telah dikumuhkan dalam masa 24 jam selepas penggunaan sementara kebanyakan residu 2,4-D dimetilamina dikumuhkan dalam masa 24 ke 48 jam selepas penggunaan. Berdasarkan kajian ini di dapati kebanyakan daripada responden kajian menyerap kurang daripada 1% paraquat dan 2,4-D dimetilamina ke dalam badan berdasarkan kepada tahap residu yang diukur dalam urin. Hasil Ujian-T Berpasangan menunjukkan perbandingan yang signifikan di antara residu pestisid dalam urin sebelum dan selepas penggunaan pestisid (nilai t = 2.77 ~ 3.27, p< 0.05). Ujian T Bebas menunjukkan perbezaan yang signifikan antara kedua teknik penyemburan yang digunakan (manual dan bermotor) (t= 2.81, p< 0.05). Tahap residu pestisid yang tertinggi diukur dalam urin kebanyakannya di kalangan responden yang menggunakan teknik penyemburan manual. Residu pestisid yang dikesan dalam urin juga berkait rapat dengan amalan budaya kerja selamat dan sihat. Hasil analisis Ujian-T Berpasangan (t=15.1, p<0.01) menunjukkan tahap residu pestisid adalah tinggi didalam urin responden yang tidak menggunakan kaedah perlindungan diri dengan sempurna semasa menggunakan pestisid. Penilaian potensi risiko dianalisis secara kualitatif, berdasarkan Garispanduan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (2000). Bagi pestisid jenis 2,4-D dimetilamina, darjah bahaya yang ditaksir adalah 3 yang diklasifikasikan sebagai memudaratkan manakala bagi pestisid dari jenis paraquat darjah bahayanya adalah 5 iaitu sangat toksik. Kesimpulan daripada penilaian risiko yang dibuat, mendapati kedua-duanya dinilai sebagai C3 yang bermaksud pendedahan sangat signifikan sekiranya langkah kawalan sedia ada tidak mencukupi untuk melindungi petani daripada bahaya pendedahan. Hasil keseluruhan kajian ini mendapati kebanyakan petani di sini kurang kesedaran dalam aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Ini menyebabkan mereka tidak mengamalkan budaya kerja selamat yang betul. Petani perlu dimaklumkan teknik penggunaan pestisid yang betul, cara penggunaan kelengkapan perlindungan diri yang sempurna bagi meminimumkan potensi risiko pendedahan semasa menggunakan pestisid.,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah"
Pages: 188
Call Number: TD196.P38T596 2012 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_117073+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
47.38 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.