Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460840
Title: Penderaan seksual dan langkah mangsa untuk kembali kepada kehidupan normal
Authors: Noor Suleeyia Sulaiman (P84281)
Supervisor: Novel Lyndon, Prof. Madya Dr.
Keywords: Penderaan seksual
Sumbang mahram
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 20-Dec-2021
Description: Sumbang mahram adalah satu penderaan seksual dan merupakan satu jenayah. Kajian lepas menunjukkan perbuatan ini lazimnya dilakukan oleh seseorang yang mempunyai pertalian darah dengan mangsa. Mangsa terdiri daripada golongan muda yang tidak mempunyai pendedahan tentang sumbang mahram dan tidak memahami kejadian yang berlaku. Pelaku sumbang mahram yang lebih dominan dalam mengawal mangsa menyebabkan mangsa mempunyai interpretasi berbeza tentang sumbang mahram dan mengambil langkah yang pelbagai bentuk untuk kembali kepada kehidupan normal. Objektif kajian ini bertujuan untuk memahami interpretasi mangsa sumbang mahram terhadap konsep sumbang mahram. Seterusnya, kajian ini meneliti jenis langkah yang diambil oleh mangsa untuk kembali kepada kehidupan normal. Pendekatan kualitatif melalui teknik pengumpulan data secara temu bual mendalam telah digunakan. Sejumlah sembilan orang informan telah ditemu bual secara mendalam dengan menggunakan pensampelan bertujuan dan bola salji di Rumah Kanak-Kanak Arau, Perlis. Hasil kajian ini mendapati interpretasi mangsa sumbang mahram tentang konsep sumbang mahram boleh dibahagikan kepada enam kategori iaitu sumbang mahram sebagai rogol, pelaku mempunyai kuasa, kepuasan seksual pelaku, balasan untuk mendapatkan sesuatu, berubat, dan akhir sekali sumbang mahram sebagai satu manipulasi. Seterusnya langkah yang diambil oleh mangsa sumbang mahram untuk kembali kepada kehidupan normal dibahagikan kepada tiga jenis langkah iaitu melaporkan kejadian kepada orang terdekat, melaporkan kejadian kepada pihak berkuasa, dan tidak melaporkan kejadian yang berlaku kepada sesiapa. Kesimpulannya, interpretasi sumbang mahram dipengaruhi oleh layanan pelaku sumbang mahram kepada mangsa. Sementara, langkah yang diambil oleh mangsa untuk kembali kepada kehidupan normal dipengaruhi oleh interpretasi mereka tentang sumbang mahram. Kajian ini memberi sumbangan kepada penambahan korpus ilmu tentang kajian berkaitan isu sumbang mahram. Seterusnya kajian ini boleh dijadikan rujukan oleh pelbagai pihak untuk memberi pendedahan kepada kanak-kanak tentang sumbang mahram. Implikasi kajian jelas membuktikan pendedahan awal tentang sumbang maram dalam kalangan kanak-kanak oleh institusi keluarga dan pendidikan amat penting. Selain itu, ejen sosial yang berada di sekeliling kanak-kanak perlu sentiasa peka dengan perubahan dan aduan kanak-kanak kepada mereka.,Sarjana Falsafah Sains Sosial
Pages: 147
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_130379+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.49 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.