Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460839
Title: Analisis konflik dan pertentangan masyarakat dalam satu kajian kes perkongsian dengan syarikat di Peranap, Riau, Indonesia
Authors: Adli Hirzan (P94494)
Supervisor: Mimi Hanida Abdul Mutalib, Dr.
Keywords: Conflict management
Negotiation
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 19-Aug-2021
Description: Provinsi Riau adalah sebuah provinsi perladangan kelapa sawit yang terbesar di Indonesia dan telah menarik minat para pelabur perladangan. Perihal aktiviti melabur pada perladangan kelapa sawit jika tidak benar-benar diatur dalam undang-udang mampu menimbulkan konflik serta merugikan masyarakat tempatan dan turut memberikan kesan buruk kepada masyarakat adat yang memiliki tanah adat. Konflik agraria di sektor perladangan pada tahun 2018 adalah yang tertinggi dari sektor lainnya dan terjadi pada perladangan kelapa sawit di Provinsi Riau. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti bentuk konflik CSR yang telah terjadi di antara masyarakat tempatan dan pelabur perkebunan, lalu usaha pertentangan dan penyelesaian konflik serta menganalisis faktor-faktor yang menjadi halangan atau kegagalan terhadap usaha menyelesaikan konflik ini. Kajian ini dilakukan di Kecamatan Peranap kerana kawasan ini memiliki masyarakat lokal yang masih mempunyai tanah adat. Pemilihan informan kajian dilakukan dengan pensampelan bertujuan berasaskan kriteria tertentu iaitu tokoh masyarakat, syarikat dan pemerintah tempatan dengan semuanya berjumlah 14 orang. Jenis kajian ini adalah kajian kes dengan menggunakan kaedah pendekatan kualitatif. Hasil temuan kajian menunjukkan bahawa konflik terjadi semenjak lesen syarikat dikeluarkan, perkongsian di antara koperasi dengan syarikat, internal koperasi, pemberian pampasan, dan pembangunan perladangan syarikat. Lalu, usaha perlawanan dan penyelesaian konflik yang wujud adalah forum pemangku adat, pembentukan desa adat, peranan NGO, perantaraan, dan tingkah laku kolektif. Setelah analisis tema dijalankan, kajian ini menunjukkan ada 3 konflik yang terjadi pada koperasi iaitu pembuatan senarai petani plasma, pembahagian keuntungan daripada syarikat, dan penggantian pengurusan koperasi. Justeru, peranan pemangku adat sangat besar dalam mengawal dan menyelesaikan konflik yang terjadi pada koperasi. Pelbagai faktor menjadi halangan perlawanan dan kegagalan dalam upaya menyelesaikan konflik yang ada iaitu keupayaan pengurusan konflik, kehabisan masa membentuk desa adat, perlu peranan NGO di peringkat kabupaten, kooptasi kepada pemimpin masyarakat lokal, ugutan kepada masyarakat, kefahaman masyarakat berkenaan undang-undang, dan adanya kepentingan peribadi.,Sarjana Falsafah
Pages: 275
Call Number: HD42.A335 2021 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_129834+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
500.64 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.