Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460834
Title: Perkaitan antara aset perkembangan dan aset kejiranan ke atas tingkah laku antisosial dalam kalangan belia yang menetap di Projek Perumahan Rakyat Kuala Lumpur
Authors: Suzieyana Idris (P79826)
Supervisor: Mohd Suhaimi Mohamad, Prof. Madya Dr.
Keywords: Belia -- Antisosial
Kejiranan
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 2-Aug-2021
Description: Aset Perkembangan dan Aset Kejiranan dilihat menjadi kaedah yang menjanjikan untuk membantu belia yang terlibat dengan tingkah laku berisiko. Penyelidikan masa kini menunjukkan bahawa kerangka aset perkembangan dan aset kejiranan yang menekankan aset belia dapat meningkatkan strategi intervensi untuk mencegah tingkah laku antisosial. Memahami bagaimana aset perkembangan dan aset kejiranan berhubung dengan aset belia boleh membantu para pengamal profesional perkhidmatan sosial untuk merancang program intervensi berteraskan aset. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji perbezaan jantina dalam aset perkembangan dan aset kejiranan, menentukan perkaitan antara aset perkembangan dan aset kejiranan terhadap tingkah laku antisosial dalam kalangan belia yang tinggal di Projek Perumahan Rakyat, Kuala Lumpur. Dengan menggunakan sampel rawak berstrata (dua peringkat), sejumlah 450 belia bandar telah dipilih secara sistematik untuk melengkapkan satu set soal selidik piawai. Soal selidik Aset Pembangunan 25 Versi Malaysia digunakan untuk mengukur aset perkembangan, aset kejiranan diukur dengan menggunakan Soal Selidik Aset Kejiranan, dan Laporan Kendiri Tingkah Laku Antisosial digunakan untuk mengukur tingkah laku antisosial. Penemuan kajian menunjukkan bahawa taburan aset luaran adalah sama bagi seluruh kategori jantina. Analisis seterusnya menunjukkan bahawa hanya satu subskala aset kejiranan yang berkait rapat dengan tingkah laku antisosial. Keputusan juga menunjukkan bahawa empat dimensi aset dalaman dikaitkan dengan tingkah laku antisosial (serius) dan enam dimensi aset dalaman untuk tingkah laku antisosial (pelanggaran peraturan). Kajian ini menunjukkan bahawa kedua-dua aset dalaman dan luaran harus dipertimbangkan ketika mereka bentuk program intervensi belia untuk mengurangkan tingkah laku antisosial. Implikasi kajian turut dibincangkan dalam kajian ini,Sarjana Falsafah
Pages: 150
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_127410+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
456.93 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.