Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460832
Title: Perkembangan sistem pentadbiran dan perkhidmatan awam di bawah pentadbiran British di Negeri-Negeri Selat dan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (1786-1934)
Authors: Ahmad Jaffri Ahmad Zaini (P74316)
Supervisor: Mohd Samsudin, Prof. Madya Dr.
Keywords: Tanah Melayu -- Sistem pentadbiran
Perkhidmatan awam
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: Sep-2021
Description: Kajian ini bertujuan mengkaji perkembangan sistem pentadbiran dan perkhidmatan awam di Tanah Melayu merentasi era Negeri-Negeri Selat hingga Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Kajian ini juga meneliti perkembangan pentadbiran persekutuan dalam menjadi asas kepada pemerintahan ber-negara di Tanah Melayu selain bagaimana ia memulakan penglibatan bangsa Melayu dalam sistem pentadbiran dan perkhidmatan awam. Objektif kajian ini adalah untuk mengintegrasikan penemuan perkara-perkara yang dinyatakan di atas dengan kefahaman terhadap sistem pentadbiran moden dan perkhidmatan awam khususnya dalam kalangan pentadbirpentadbir di Malaysia yang mewarisi legasi sistem pentadbiran moden dan perkhidmatan awam itu sendiri. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif iaitu penyelidikan terhadap sumber-sumber primer dan sekunder. Sumber bahan yang digunakan meliputi dokumen rasmi kerajaan, laporan, akhbar, biografi, buku-buku dan jurnal. Kajian ini penting untuk mengetahui sejauh mana pengaruh pihak British dalam melaksanakan sistem pentadbiran di Tanah Melayu. Hasil kajian mendapati bahawa sistem pentadbiran dan perkhidmatan awam bermula di Britain seawal abad ke-11 di bawah monarki. Menjelang abad ke-14, sistem pentadbiran dan perkhidmatan berubah menjadi sebahagian daripada sistem parlimen. Parlimen semakin berpengaruh dalam pemerintahan sehingga abad ke-17 serentak dengan kemunculan Britain sebagai kuasa baharu maritim lantas membawa British tiba di Pulau Pinang seawal tahun 1592, lama sebelum berkuasa di sana pada tahun 1786. Sistem pentadbiran dan perkhidmatan awam berkembang ke Tanah Melayu melalui peranan Syarikat Hindia Timur Inggeris yang seterusnya membentuk pentadbiran moden Negeri-Negeri Selat. Dalam pada itu, pewujudan perkhidmatan awam tetap telah berlaku di Britain pada tahun 1854 dan membaharui ciri-ciri perkhidmatan awam. Geopolitik berbeza di Negeri-Negeri Selat mendorong pihak British menggunakan Sistem Residen pada tahun 1874 dalam mengembangkan sistem pentadbiran moden ke Negeri-Negeri Melayu. Pentadbiran Negeri-Negeri Melayu memasuki fasa baharu yang belum pernah dilalui sebelum itu, apabila sistem persekutuan dibentuk melalui penubuhan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1896. Pada tahun 1934, dengan pewujudan Perjawatan Tanah Melayu, fungsi-fungsi perkhidmatan awam British di London telah diambil alih oleh pentadbiran British di Tanah Melayu.,Sarjana Falsafah
Pages: 219
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_127408+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.75 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.