Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460830
Title: Pengaruh personaliti lima faktor dan motivasi terhadap kompetensi dan tingkah laku kewargaan organisasi (TKO) dalam kalangan guru sekolah rendah
Authors: Nur Farhah Mohd Shah (P84503)
Supervisor: Fatimah wati Halim, Dr.
Keywords: Educational leadership
School management and organization
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: Aug-2019
Description: Kajian berkenaan dengan kompetensi dan Tingkahlaku Kewargaan Organisasi (TKO) masih baharu di Malaysia khususnya dalam kalangan guru. Kepentingan kompetensi dan TKO dalam organisasi telah dibuktikan dapat meningkatkan prestasi individu dan produktiviti. Sementara personaliti dan motivasi pula memainkan peranan penting dalam mempengaruhi keduanya. Tuntutan kepada aktiviti kerja guru pada masa kini memerlukan guru yang berkompetensi tinggi. Oleh itu kajian ini akan mengenalpasti adakah personaliti dan motivasi guru mempengaruhi kompetensi dan TKO. Kajian kuantitatif ini dilakukan dengan mengumpulkan data hasil daripada soal selidik yang telah diedarkan kepada 287 orang yang terdiri daripada guru SBT dan kluster di sekolah rendah sekitar Putrajaya. Instrumen Big Five Inventory oleh John dan Srivastava (1999) digunakan bagi mengukur personaliti lima faktor, Work Preference Inventory (WPI) oleh Amabile et al. (1994) bagi mengukur motivasi, skala pengukuran Organization Citizenship Behaviour (TKO) oleh Podsakoff et al. (1990) bagi mengukur TKO dan soal selidik kompetensi telah dibangunkan itemnya oleh penyelidik berpandukan dimensi kompetensi yang dicadangkan Bartram (2005). Data dianalisis dengan regresi pelbagai menggunakan Statistical Package for Social Science. Hasil kajian mendapati faktor personaliti keterbukaan, kehematan dan ekstraversi mempengaruhi kompetensi. Motivasi instrinsik dan ekstrinsik juga turut mempengaruhi kompetensi guru. Selain itu, faktor personaliti keterbukaan, kepersetujuan dan neurotisisme mempengaruhi TKO dalam kalangan guru. Hanya motivasi intrinsik menunjukkan pengaruh terhadap TKO guru. Impak kajian ini dapat membantu pihak KPM mengenalpasti ciri-ciri personaliti dan motivasi calon guru yang sepadan dengan kompetensi dan TKO yang diperlukan dalam pemilihan dan penempatan guru-guru di sekolah cemerlang. KPM juga boleh merangka modul intervensi kesedaran kendiri bagi meningkatkan kompetensi dan semangat TKO yang tinggi dalam kalangan guru-guru. Kajian di masa depan perlu meneliti pengaruh personaliti dan motivasi yang mempengaruhi kompetensi dan TKO yang lebih spesifik.,Ijazah Sarjana Falsafah
Pages: 155
Call Number: LB3013.N847 2019 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_124861+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
525.15 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.