Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460820
Title: Daya tahan komuniti bandar: kajian kes di Presint 18, Putrajaya
Authors: Norhidayah Mohamad (P90185)
Supervisor: Hamzah Jusoh, Prof. Dr.
Keywords: Perancangan bandar
Daya tahan
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 24-Dec-2020
Description: Daya tahan yang rendah dalam kalangan komuniti menjadi isu kritikal dalam sesebuah perancangan dan pembangunan bandar kontemporari. Tahap penggantungan yang tinggi terhadap bantuan kerajaan dan tahap keterlibatan sosial komuniti yang rendah dikatakan menjadi fenomenon biasa yang terserlah menggambarkan ketahanan komuniti adalah rendah. Persoalannya, adakah fenomenon ini merupakan sebuah realiti, terutamanya dalam kalangan komuniti bandar yang tinggal di Pusat Pentadbiran Putrajaya. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengukur tahap daya tahan komuniti dengan menggunakan penunjuk daya tahan yang disetempatkan dan menyeluruh. Dengan menggunakan kes kajian di Presint 18, Putrajaya, kajian ini menilai faktor-faktor yang menyumbang kepada daya tahan komuniti di kawasan kajian. Kajian ini berasaskan kajian tinjauan dan kaedah campuran gabungan kualitatif dan kuantitatif. Kajian kualitatif dijalankan melalui temu bual bersama 3 orang pakar rujuk yang mempunyai kepakaran dalam bidang kajian setempat dan 3 orang informan utama yang merupakan ketua bagi komuniti penduduk di Putrajaya. Manakala, kajian kuantitatif melibatkan seramai 225 responden yang tinggal di kawasan Presint 18, Putrajaya. Hasil dapatan kualitatif telah menyetempatkan 17 penunjuk daya tahan, merangkumi 8 penunjuk ekonomi, 5 penunjuk sosial dan 4 penunjuk persekitaran. Berdasarkan penunjuk setempat daya tahan ini, kajian kuantitatif telah memperlihatkan bahawa tahap daya tahan komuniti bandar di Presint 18, Putrajaya adalah sederhana dan mencatatkan skor min 2.64. Analisis regresi pelbagai menunjukkan modal sosial menyumbang sebanyak 59.3% ( ꞵ=0.77) terhadap daya tahan komuniti bandar dan telah membuktikan bahawa modal sosial merupakan faktor utama yang menyumbang kepada daya tahan komuniti di Presint 18. Selain itu, kombinasi kesemua modal yang diketuai oleh modal sosial ( ꞵ=0.46), diikuti oleh modal persekitaran ( ꞵ=0.43) dan modal ekonomi ( ꞵ=0.28) secara signifikan menyumbang sebanyak 81.6% terhadap daya tahan komuniti bandar. Dapatan ini telah menyokong hujah model konseptual yang diadaptasikan iaitu Model Konseptual Kapasiti Komuniti oleh Wilson (2012), daya tahan yang kuat dapat dicapai sekiranya ketiga-tiga modal ini dibangunkan secara bersama. Hasil kajian ini diharapkan menjadi panduan kepada perancangan dan pembangunan berkonsepkan daya tahan di samping membantu pihak berkuasa tempatan untuk mengutamakan modal mengikut kepentingan terkini terhadap daya tahan komuniti bandar di sebuah bandar terancang Putrajaya, Malaysia.,Sarjana Falsafah
Pages: 267
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_124058+SOURCE1+SOURCE1.1.PDF
  Restricted Access
3.19 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.