Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460812
Title: Hubungan faktor psikologikal dan sokongan sosial terhadap pemikiran mencederakan diri tanpa niat membunuh diri dalam kalangan remaja di Selangor
Authors: Danish Yusrie Mohd Khairul (P87986)
Supervisor: Mohammad Rahim Kamaluddin, Dr.
Keywords: Self-injurious behavior
Psychotherapy -- Methods
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 6-Sep-2019
Description: Penglibatan golongan remaja dalam tingkah laku mencederakan diri tanpa niat membunuh diri atau non-suicidal self-injury (NSSI) dilihat semakin kerap dan amat membimbangkan. Selain daripada faktor sosial dan persekitaran, faktor psikologikal seperti pengherotan kognitif dan penghargaan kendiri turut memainkan peranan penting dalam menyumbang kepada tingkah laku NSSI. Kajian ini dijalankan untuk membina profil psikologi pelajar sekolah menengah yang pernah mencederakan diri serta membentangkan prevalens pelajar sekolah menengah di Malaysia yang terlibat dalam NSSI. Kajian ini turut dijalankan untuk mengkaji perbezaan faktor psikologikal antara pelajar yang pernah dan tidak pernah NSSI dan mengkaji hubungan serta pengaruh faktor psikologikal kepada pemikiran terhadap NSSI. Objektif terakhir turut menguji sama ada sokongan sosial bertindak sebagai moderator bagi hubungan antara faktor psikologikal dan pemikiran terhadap NSSI. Kajian ini dilakukan melalui kaedah kuantitatif iaitu metod survei dengan menggunakan borang soal selidik yang merangkumi instrumen Cognitive Distortion Scale, Rosenberg's Self-Esteem Scale, Multidimensional Scale of Perceived Social Support dan instrumen yang dibina sendiri oleh pengkaji iaitu Pemikiran Terhadap NSSI. Seramai 1021 orang pelajar sekolah menengah telah direkrut dengan kaedah teknik persampelan rawak pelbagai. Secara keseluruhannya, kadar prevalens NSSI dalam kalangan pelajar sekolah menengah di Malaysia adalah 15.1%. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan bagi pengherotan kognitif (t(197.524)=7.163, p<.01), penghargaan kendiri (t(187.987)= -5.187, p<.01) dan sokongan sosial (t(190.892)= -2.474, p=.014) antara pelajar yang pernah dan tidak pernah NSSI. Selain itu, pemikiran terhadap NSSI mempunyai hubungan yang signifikan dengan pengherotan kognitif (r=.315**, p<.01), penghargaan kendiri (r=-.261**, p<.01) dan sokongan sosial (r=-.248**, p<.01). Berikutnya, pengherotan kognitif merupakan faktor peramal yang mempengaruhi pemikiran terhadap NSSI (R2=.099, β=.315, p<.01). Penghargaan kendiri juga merupakan faktor peramal yang mempengaruhi pemikiran terhadap NSSI (R2=.068, β=-.261, p<.01). Kedua-dua pengherotan kognitif dan penghargaan kendiri ini juga memberi pengaruh yang signifikan kepada pemikiran terhadap NSSI (R2=.109, p<.01). Sokongan sosial pula didapati tidak bertindak sebagai moderator bagi hubungan antara faktor psikologikal dan pemikiran terhadap NSSI (p>.05). Daripada hasil kajian ini, pemahaman yang mendalam tentang faktor psikologikal yang menjadi asas kepada tingkah laku NSSI dapat memberi pendedahan kepada pelbagai pihak termasuklah badan kaunseling dan kesihatan mental bagi mengenalpasti langkah pencegahan proaktif serta intervensi yang boleh diambil untuk membanteras tingkah laku mencederakan diri.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 204
Call Number: RC480.5.D296 2019 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_122327+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.8 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.