Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460810
Title: Pemerdagangan wanita : kajian perbandingan strategi antara Malaysia dan Thailand
Authors: Rohan Shah Ahmad (P46367)
Supervisor: Zarina Othman, Profesor Madya Dr.
Keywords: Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Prostitution -- Economic aspects -- Southeast Asia
Prostitution -- Social aspect -- Southeast Asia
Sex-oriented businesses -- Southeast Asia
Issue Date: 18-Nov-2016
Description: Pemerdagangan wanita sering dikaitkan dengan isu eksploitasi seks, perhambaan moden dan buruh paksa. Malaysia telah dikenalpasti sebagai negara transit dan hos, manakala Thailand pula sebagai negara sumber, transit dan hos. Pelbagai pendekatan, terutamanya pengenalan undang-undang antipemerdagangan manusia yang lebih komprehensif telah diambil oleh kedua-dua negara. Namun, peningkatan kes dari tahun ke tahun menimbulkan persoalan sama ada undang-undang yang dirangka berupaya menangani isu pemerdagangan wanita di kedua-dua buah negara ini. Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan untuk membandingkan pendekatan undangundang serta penguatkuasaannya dalam menangani masalah pemerdagangan wanita di Malaysia dan Thailand. Objektif kajian ini ialah pertama, untuk membincangkan faktor yang menyumbang kepada fenomena pemerdagangan wanita di kedua-dua negara; kedua, membandingkan penggunaan undang-undang antipemerdagangan yang digunakan; dan ketiga, menganalisis keberkesanan penguatkuasaan undang-undang dan cabaran-cabaran lain yang dihadapi dalam menangani isu pemerdagangan wanita. Kajian ini adalah kajian perbandingan dengan menggunakan pendekatan kualitatif dalam mengumpulkan data primer dan data sekunder. Hasil kajian ini menunjukkan fenomena pemerdagangan wanita di kedua-dua buah negara ini melibatkan pelbagai faktor penarik dan penolak seperti kestabilan ekonomi dan politik global serta negara. Secara perbandingan, kajian ini mendapati bahawa faktor kemiskinan dan elemen pemaksaan telah menjadi faktor penolak terhadap industri ini. Kedua-dua buah negara juga telah memperkenalkan beberapa akta khusus antipemerdagangan wanita. Namun, kajian mendapati bahawa di sebalik pengenalan undang-undang antipemerdagangan manusia yang lebih komprehensif, kedua-dua negara masih berhadapan dengan beberapa permasalahan penguatkuasaan seperti pemahaman di kalangan pegawai penguat kuasa terhadap undang-undang, isu rasuah dan keengganan mangsa-mangsa yang dieksploitasi untuk bekerjasama. Di samping itu, wujud juga faktor lain seperti organisasi jenayah rentas sempadan. Dalam keadaan ini, perlu ada kerjasama serantau untuk memantapkan aspek penguatkuasaan. Secara keseluruhannya, kajian ini mendapati bahawa terdapat banyak ruang yang perlu diperbaiki dari segi penguatkuasaan di kedua-dua negara untuk menjadikan undang-undang yang diperkenalkan menjadi lebih berkesan.,Tesis ini tiada “Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah”,Ph.D
Pages: 247
Call Number: HQ241.A5.R636 2017 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_121285+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.48 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.