Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460806
Title: Proses pintasan hutan dipterokarpa di Lembangan Tasik Chini, Pekan, Pahang
Authors: Nurul Syazwani Ab Rani (P52641)
Supervisor: Mohd Ekhwan Hj. Toriman, Prof. Dr.
Keywords: Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Lakes -- Malaysia
Tasik Chini (Pahang)
Dipterocarpaceae -- Malaysia
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 12-Jul-2012
Description: Pintasan merujuk kepada sebahagian hujan yang diperangkap oleh lapisan kanopi pokok dan permukaan lain sebelum kembali tersejat ke atmosfera. Mekanisme utama dalam proses pintasan adalah aliran batang dan jatuhan langsung. Aliran batang merujuk kepada titisan hujan yang sampai ke permukaan tanah dengan melalui batang dan dahan pokok. Manakala jatuhan langsung merujuk jatuhan secara terus titisan hujan yang menembusi lapisan kanopi hutan melalui rongga kanopi dan menitis daripada daun atau dahan pokok. Objektif utama kajian ini adalah menganalisis pintasan hujan di kawasan terdedah dan litupan kanopi hutan dipterokarpa Tasik Chini, Pekan Pahang; yang kedua ialah mengenalpasti fungsi hutan tersebut dalam proses pintasan dan imbangan air dan cadangan pendekatan pengurusan hutan dipterokarpa Tasik Chini, Pekan Pahang. Kajian ini melibatkan set cerapan data primer merangkumi taburan hujan, sejatan, aliran batang dan jatuhan langsung selama 10 bulan bermula Oktober 2009 hingga Julai 2010. Manakala data sekunder yang dianalisis merangkumi tren hujan, sejatan, suhu dan kelembapan bandingan. Bagi mekanisme aliran batang, sebanyak 60 sampel pokok telah dipilih secara selektif iaitu 30 batang di setiap plot kajian. Setiap pokok dikenalpasti berdasarkan ciri fisiografi pokok seperti spesies, famili, diameter aras dada (DBH) dan saiz kanopi pokok. Manakala, bagi pengukuran jatuhan langsung sebanyak empat bin hitam diletakkan di setiap plot kajian yang mempunyai lapisan kanopi paling nipis. Analisis terhadap pintasan mendapati bulan Disember 2009 yang menerima hujan maksimum 356 mm menghasilkan kadar pintasan tertinggi di kedua-dua kawasan. Kajian menunjukkan kadar pintasan sangat dipengaruhi oleh curahan hujan. Ciri fisiografi kulit pokok sama ada kasar ataupun licin didapati mempengaruhi penghasilan kadar aliran batang. Spesies Dipterocarpus costulatus yang berkulit kasar hanya menghasilkan 47.25 mm berbanding pokok Pimelodendron griffithianum yang berkulit halus merekodkan 69.52 mm jumlah aliran batang. Selain itu, jumlah aliran batang bagi pokok yang berdiameter kecil juga adalah lebih tinggi berbanding pokok yang berdiameter besar. Pokok Heritiera simplicifolia yang mempunyai diameter besar 76 cm merekodkan hanya 105.56 mm jumlah aliran batang, berbanding pokok Dacryodes puberula yang berdiameter kecil 27 cm merekodkan sebanyak 232.37 mm jumlah aliran batang. Selain itu, analisis terhadap tren hidrologi 10 tahun (1999-2008) pula, mendapati curahan hujan di Tasik Chini adalah tinggi pada musim Monsun Timur Laut iaitu, dalam julat di antara, 90.6 mm hingga 433.17 mm. Purata suhu adalah sekata sepanjang tahun antara julat 25.8?C hingga 27.4?C . Manakala, purata maksimum dan minimum bagi sejatan adalah 4.4 mm dan 1.9 mm. Kajian ini juga membekalkan maklumat penting bagi kitaran hidrologi setempat. Hutan ini berfungsi secara semulajadi untuk bertindak sebagi medium pengimbang air dengan membekalkan air kepada tanah dan menggantikan semula untuk mengekalkan keseimbangan air di kawasan hutan.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah"
Pages: 152
Call Number: QH98.N847 2012 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_120480+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.8 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.