Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460796
Title: Pelancongan budaya di Malaysia: merekonstruksi konsepnya dan analisis keberadaan produk budaya Melayu
Authors: Zulayti Zakaria (P43726)
Supervisor: Mohamed Anwar Omar, Prof. Madya Dr.
Keywords: Heritage tourism -- Malaysia
Culture and tourism -- Malaysia
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 18-Oct-2011
Description: Kajian ini berusaha merekonstruksikan pengertian pelancongan-budaya Melayu, ciri-ciri budaya Melayu berhubung dengan industri pelancongan, halangan keberadaan budaya Melayu dalam sektor industri ini dan bagaimana pembangunan produk budaya Melayu berlaku. Sumber kajian terdiri daripada data yang dikutip daripada observasi lapangan, laporan rasmi pelbagai agensi kerajaan, Rancangan Lima Malaysia, bahan promosi pelancongan, brosyur dan temubual intensif dengan tokoh-tokoh berwibawa dalam bidang-bidang berkaitan. Didapati pelbagai pihak baik dalam kalangan penggubal dasar, pelaksana pembangunan dan para penyelidik dalam bidang pelancongan sendiri masih skeptikal tentang konsep pelancongan-budaya dalam konteks Malaysia amnya dan pelancongan-budaya Melayu khususnya. Kajian ini menghujah bahawa konsep pelancongan-budaya di negara ini boleh dikonstruksikan secara konkrit dan dapat diselaraskan dengan konsep yang terdapat dalam korpus ilmu pengetahuan yang sudah terbina dalam disiplin pengajian pelancongan universal dengan cara merumuskan definisi 'pelancong' dan 'industri-industri pelancongan' yang terdapat dalam Akta Industri Pelancongan 1992 (Akta 482). Dengan bertunjangkan Akta tersebut pelancongan-budaya boleh didefinisikan dari dua sisi. Pertama, sebagai pelancongan yang dicirikan oleh daya tarikan terdiri daripada perkara-perkara yang diklasifikasikan sebagai aspek-aspek budaya. Kedua, sebagai jenis pelancongan yang dicirikan oleh dorongan seseorang pelawat mengunjungi ke sesebuah destinasi kerana faktor budaya. Selanjutnya, kajian ini mendapati kehadiran budaya Melayu dalam sektor industri pelancongan bukanlah secara organik atau secara natural sebaliknya dibawa masuk oleh pihak kerajaan. Ini kerana ciri- ciri budaya Melayu tidak begitu kuat untuk menjadi daya tarikan pelancong kerana ia berpecah-pecah mengikut kelompok suku-kaum dan negeri sehingga tidak wujud kesatuan imej yang bersepadu. Di samping itu, aspek-aspek budaya Melayu tidak dapat berada dalam sektor industri pelancongan dengan begitu mantap kerana hampir seluruh sektor industri ini dimiliki dan dikuasai oleh entiti-entiti bukan-Melayu. Sehingga ke hari ini keberadaan produk budaya Melayu dalam sektor ini hanya berlaku selepas Merdeka melalui intervensi atau peranan agensi-agensi kerajaan.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah ,Sarjana Falsafah,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”
Pages: 223
Call Number: G156.5.H47Z835 2011 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_114881+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
31.11 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.