Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460786
Title: | Perspektif komuniti terhadap peranan institusi pengajian tinggi dalam menjana ideopolis |
Authors: | Noor Alyani Nor Azazi (P49007) |
Supervisor: | Habibah Ahmad, Dr. |
Keywords: | Community development Urban Education Higher Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 13-Aug-2012 |
Description: | Peranan institusi pengajian tinggi dalam mempercepatkan pertumbuhan dan pembangunan di negara-negara maju dan negara-negara membangun tidak dapat disangkalkan. Berdasarkan The Work Foundation, dalam pembangunan terkini, institusi pengajian tinggi telah memainkan peranan utama di dalam ideopolis. Melalui rangka kerja ini, banyak bandar mega telah dibangunkan dan pada masa yang sama, pusat bandar yang lebih kecil di wilayah ideopolis boleh berfungsi sebagai ideopolis sekunder.Dengan tanggapan bahawa institusi pengajian tinggi di Bandar Baru Bangi mampu menjana fungsi ideopolis, kajian ini bertujuan mengkaji keupayaan institusi pengajian tinggi, terutamanya peranan Universiti Kebangsaan Malaysia dalam menjana fungsi ideopolis dan mengangkat status Bandar Baru Bangi sebagai sebuah ideopolis, berdasarkan kepada perspektif komuniti setempat. Enam pemacu ideopolis digunakan sebagai kerangka dalam menilai fungsi ideopolis di kawasan kajian. Kajian ini telah melibatkan sebanyak 266 orang responden, merangkumi pekerja atau majikan sebagai penduduk di Bandar Baru Bangi dan pelajar UKM sebagai komuniti pelajar di bandar ini. Sampel kajian diambil berdasarkan persampelan bertujuan iaitu 157 orang komuniti pekerja dan 109 orang pelajar. Hasil kajian ini mendapati bahawa Bandar Baru Bangi hanya berjaya menyerlahkan status ideopolis sekunder kerana gagal menyerlahkan fungsi ideopolis dengan sepenuhnya. Berdasarkan perspektif komuniti pekerja, pemacu bandaraya berintensifkan pengetahuan tersohor merupakan pemacu ideopolis yang paling menonjol di bandar ini manakala berdasarkan perspektif pelajar pula, pemacu ideopolis yang paling menonjol adalah pemacu kepimpinan dan organisasi berkemahiran tinggi. Hal ini menunjukkan komuniti menilai UKM sebagai penjana utama bagi pembangunan sebuah komponen ideopolis manakala Bandar Baru Bangi bertindak sebagai penerima dan juga sebagai ruang untuk menonjolkan fungsi komponen ideopolis sekunder. Kesimpulannya, kajian ini menyumbang kepada peri pentingnya peranan institusi pengajian tinggi dalam transformasi pembangunan ekonomi dan sosial penduduk di negara ini dan menyumbang kepada korpus ilmu berhubung dengan keupayaan kerangka pendekatan ideopolis dalam membangunkan sesebuah bandar.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Falsafah |
Pages: | 291 |
Call Number: | HN49.C6N646 2012 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_114471+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 18.97 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.