Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460784
Title: Muzium negara: kajian mengenai peranannya dalam pendidikan warisan
Authors: Zuraidah Hassan (P46649)
Supervisor: Ab. Samad Kechot, Dr.
Keywords: Museums -- Malaysia
National Museums -- Malaysia
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 5-Apr-2012
Description: Kajian adalah mengenai pendidikan warisan di Muzium Negara (MN) yang bertujuan meninjau peranan yang dimainkan oleh muzium tersebut sebagai saluran pendidikan warisan. Data diperoleh melalui laporan data agregat tahunan dan data tahunan, dokumen, surat dan kertas laporan, kertas seminar, syarahan, pamplet serta buku-buku terbitan dalam dan luar negara. Kaedah lain yang digunakan ialah pemerhatian ikut serta, temubual serta soal selidik yang diedarkan kepada pelajar yang mengikuti aktiviti lawatan ke galeri Muzium Negara. Tumpuan diberikan terhadap aktiviti utama Muzium Negara dan program-program pendidikan. Kajian mendapati bahawa Muzium Negara merupakan institusi permuziuman yang beroperasi aktif menjalankan peranan dalam pendidikan warisan melalui penubuhan unit pendidikan dan khidmat seranta serta melalui pengurusan koleksi yang diuruskan iaitu perolehan, pendaftaran, konservasi dan penstoran koleksi. Selain itu, penghuraian mengenai program-program pendidikan juga telah menjelaskan bahawa pendidikan warisan merupakan pendidikan tidak formal yang melengkapi pembelajaran pendidikan formal. Program tersebut ialah pameran, bengkel, seminar, pengendalian dan demontrasi, kuiz serta pertandingan. Selain itu, hasil analisis soal selidik juga mendapati bahawa tahap penerimaan pelajar terhadap maklumat daripada aktiviti lawatan ke galeri berada dalam tahap yang agak baik. Dalam hal ini, analisis telah dilakukan dengan menggunakan skala likert. Kehadiran pengunjung-pengunjung khususnya pelajar-pelajar sekolah secara langsung telah menjadi pemangkin kepada proses pendidikan warisan.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Falsafah
Pages: 230
Call Number: AM79.M3Z847 2012 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_114445+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
802.34 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.