Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460758
Title: Faktor sokongan koperasi berdasarkan model neo-endogenous dalam pelaksanaan program desa lestari
Authors: Mohd Azuhari Che Mat (P72899)
Supervisor: Jalaluddin Abdul Malek, Prof. Madya Dr.
Keywords: Desa lestari
Koperasi
Neo-endogenous
Luar bandar
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Issue Date: 23-Jan-2017
Description: Model neo-endogenous telah menjadi tumpuan ramai pengkaji dalam membincangkan polisi masa depan pembangunan luar bandar yang lestari abad ke-21. Transformasi pembangunan luar bandar di Malaysia pada masa kini melalui beberapa polisi seperti GTP, ETP dan RTP adalah selari dengan evolusi pendekatan pembangunan luar bandar di peringkat global yang bermula dari model exogenous kepada endogenous dan seterusnya neo-endogenous. Namun begitu, sejauh manakah PDL dilaksanakan berasaskan model neo-endogenous masih menjadi persoalan berdasarkan kepada isu-isu pelaksanaan seperti tidak mampu menjana pendapatan stabil, kurang penglibatan penduduk sebagai anggota koperasi, kurang kemahiran dan pengetahuan serta penglibatan golongan belia yang terhad. Kajian ini bertujuan untuk mengetahui sejauh manakah PDL melalui koperasi dilaksanakan berdasarkan model neo-endogenous. Kajian ini menggunakan kaedah gabungan kuantitatif dan kualitatif secara berturutan melalui borang kaji selidik dan temubual yang melibatkan seramai 227 responden yang terdiri daripada anggota koperasi di tiga buah kampung iaitu Kampung Sungai Chenaam, Nibong Tebal, Pulau Pinang; Kampung Ulu Legong, Baling, Kedah dan Kampung Paloh Satu, Gua Musang, Kelantan. Hasil analisis menentukan tiga faktor sokongan koperasi terhadap model neo-endogenous yang dinamakan sebagai kapasiti dan jaringan kerjasama, inovasi dan penggunaan sumber tempatan, dan membentuk inisiatif lokal. Kajian ini juga mendapati terdapat perbezaan yang signifikan di antara persepsi dan harapan responden terhadap sokongan koperasi kepada model neo-endogenous berdasarkan kepada ketiga-tiga faktor sokongan. Seterusnya, kajian ini mendapati terdapat perbezaan yang signifikan bagi persepsi dan harapan terhadap sokongan koperasi kepada model neo-endogenous di antara kawasan kajian. Hasil analisis kualitatif pula menjelaskan perbezaan tersebut di mana setiap kampung mempunyai isu dan masalah, keperluan dan fokus pembangunan serta kerjasama dengan institusi luar yang berbeza yang bergantung kepada keunikan dari segi keindahan alam semulajadi dan nilai sejarah dan budaya tempatan serta aktiviti ekonomi yang dijalankan. Akhir sekali, kajian ini mencadangkan satu model bagi bagi menambahbaik sokongan koperasi kepada model neo-endogenous dalam pelaksanaan PDL pada masa akan datang.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 257
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_97156+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
396.54 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.