Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460757
Title: Peranan Adam Malik dalam hubungan Indonesia-Malaysia (1955-1978)
Authors: Ridayani Simanjuntak (P74317)
Supervisor: Mohd. Samsudin, Prof. Madya Dr.
Keywords: Adam Malik
Hubungan Antarabangsa
Indonesia
Malaysia
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Issue Date: 16-Aug-2017
Description: Kajian ini membincangkan peranan Adam Malik dalam hubungan Indonesia-Malaysia bermula 1955 sehingga 1978. Peranan Adam Malik dikupas melalui perspektif sejarah. Permasalahan kajian yang diketengahkan ialah untuk mengetahui sejauh mana Adam Malik memiliki pengaruh dalam membina hubungan antara Indonesia dan Malaysia bermula tahun 1955 hingga 1978. Objektif kajian yang pertama ialah, mengkaji latar belakang kehidupan dan penglibatan awal politik Adam Malik; kedua, mengetahui peranan Adam Malik dalam hubungan awal Indonesia-Tanah Melayu: isu PRRI-PERMESTA; ketiga, menganalisis konfrontasi Malaysia-Indonesia (1963-1966); keempat, mengetahuiusaha-usaha yang dilakukan Adam Malik dalam mendamaikan Indonesia-Malaysia; dan kelima, penglibatan Adam Malik dalam penubuhan ASEAN. Kajian akan menggunakan kaedah kualitatif melalui kajian perpustakaan dengan merujuk kepada sumber dokumen, penulisan buku dan artikel. Sumber-sumber pertama diperoleh daripada penyelidikan di Arkib Negara Malaysia, Arsip Nasional Republik Indonesia dan U.SDepartmentofState Office oftheHistorian serta koleksi peribadi Adam Malik. Bagi sumber kedua ia diperoleh melalui buku dan jurnal. Hasil kajian mendapati bahawa Adam Malik adalah tokoh penting yang mempengaruhi kerajaan Indonesia dan Malaysia untuk tidak meneruskan dasar Konfrontasi sebaliknya mencari meja perundingan untuk meneutralkan kembali hubungan kedua-dua negara. Konsep “rakan tetangga” digunakan oleh Adam Malik untuk merasionalisasikan hubungan seterusnya mencari platform Asia Tenggara sebagai menarik komitmen Indonesia dan Malaysia untuk memelihara keamanan.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 251
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_97155+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
535.1 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.