Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460756
Title: Perkembangan sistem perdagangan merkantilisme di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, 1909-1925
Authors: Mohd Shazwan Mokhtar (P80341)
Supervisor: Mohd. Samsudin, Prof. Madya Dr.
Keywords: Negeri-Negeri Melayu Bersekutu
Perdagangan
Merkantilisme
British
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Issue Date: 23-Aug-2017
Description: Kajian ini bertujuan untuk meneliti perkembangan sistem perdagangan di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu sejak tahun 1909 hingga tahun 1925 yang dipengaruhi oleh sistem merkantilisme. Tumpuan diberikan terhadap penglibatan kerajaan Negeri- Negeri Melayu Bersekutu dalam sektor perdagangan yang menjadi sumber penting pendapatan. Permasalahan kajian yang diselesaikan ialah berkaitan isu campur tangan dan perlindungan sektor perdagangan oleh kerajaan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, sedangkan British telah mengamalkan dasar perdagangan bebas di seluruh empayarnya sejak abad ke-18. Objektif kajian ialah menganalisis pembentukan sistem perdagangan yang dibentuk oleh British sejak pembentukan Majlis Mesyuarat Persekutuan 1909, seterusnya meneliti dasar ekonomi yang digubal oleh kerajaan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan menilai kesan dasar ekonomi oleh kerajaan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu terhadap pertumbuhan ekonominya. Kajian menggunakan kaedah penyelidikan arkib dan kepustakaan dengan merujuk kepada Arkib Negara Malaysia, National Archives, London, Perpustakaan Tun Sri Lanang, UKM dan Perpustakaan Universiti Malaya. Hasil kajian mendapati bahawa British telah menerapkan idea merkantilisme dalam pembentukan dan pembangunan sistem perdagangan di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Pihak British mengutamakan eksport timah dan getah sebagai sumber kekayaan bagi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Majlis Mesyuarat Persekutuan telah digunakan sebagai alat campur tangan British untuk melindungi kepentingan ekonominya daripada persaingan pedagang asing.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 255
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_97154+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
83.78 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.