Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460754
Title: Penukaran kod intra-ayat dalam prosiding perbicaraan kes-kes jenayah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur
Authors: Hazlin Mohamed (P69694)
Supervisor: Maslida Yusof, Prof. Madya Dr.
Keywords: Bahasa Melayu
Perbicaraan
Kes jenayah
Kod intra-ayat
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Issue Date: 22-Aug-2016
Description: Kajian ini bertujuan untuk meneliti fenomena penukaran kod intra-ayat dalam perbicaraan kes-kes jenayah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa perundangan jelas termaktub dalam Perkara 152 Fasal (4) dan Fasal (5) Perlembangaan Persekutuan yang memperkatakan hak penggunaan bahasa Melayu dalam bidang perundangan. Isu penggunaan bahasa Melayu sering menjadi polemik dalam bidang perundangan apabila penggunaannya dalam prosiding perbicaraan sering dicampuraduk dengan bahasa-bahasa lain terutamanya bahasa Inggeris. Percampuran bahasa ini akhirnya mewujudkan satu fenomena penggunaan lebih daripada satu bahasa dalam sesuatu ujaran. Keterlibatan dua bahasa dalam sesuatu ujaran memainkan peranan-peranan tertentu, sama ada satu daripada bahasa tersebut menjadi bahasa utama atau disebut sebagai bahasa Matriks yang menunjangi ujaran berkenaan, atau ia menjadi bahasa yang berperanan kecil atau disebut sebagai bahasa Terbenam. Dalam kajian ini, peranan bahasa-bahasa yang terlibat dalam penukaran kod intra-ayat diteliti berpandukan model “Matrix Language-Frame” yang dicadang oleh Myers-Scotton. Kajian berbentuk deskriptif ini berdasarkan data yang diperolehi daripada rakaman video prosiding perbicaraan kes-kes jenayah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang telah ditranskrip ke dalam bentuk teks. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat dua pola peranan bahasa dalam penukaran kod intra-ayat, iaitu pertama, bahasa Melayu sebagai bahasa Matriks dan bahasa Inggeris sebagai bahasa Terbenam, dan kedua ialah bahasa Inggeris sebagai bahasa Matriks dan bahasa Melayu sebagai bahasa Terbenam. Kewujudan penukaran kod intra-ayat yang mempunyai peranan sebagai bahasa Matriks dan bahasa Terbenam memberi implikasi kepada keterangan saksi dan keputusan kes. Kajian ini juga merumuskan, walaupun berlaku penukaran kod intra-ayat dalam prosiding perbicaraan, bahasa Melayu masih berperanan sebagai bahasa Matriks yang menguasai prosiding perbicaraan kes-kes jenayah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 153
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_97136+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
894 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.