Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460752
Title: Makna guanxi dan peranannya dalam pemasaran hasil pertanian komuniti Cina: kajian kes di Raub, Pahang
Authors: Lim Jie Wei (P68169)
Supervisor: Novel Lyndon, Prof. Madya Dr.
Keywords: Guanxi
Pertanian -- Raub, Pahang
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Issue Date: 23-Nov-2016
Description: Guanxi memainkan peranan penting dalam menjana pendapatan komuniti Cina. Walaupun terdapat banyak kajian guanxi yang telah membincangkan makna dan peranan guanxi dalam mempengaruhi kejayaan ekonomi, namun kajian guanxi terhadap pekebun masih kurang terutamanya dalam kalangan pekebun durian etnik Cina. Tambahan pula, sifat guanxi adalah dinamik. Oleh itu, makna, dimensi guanxi dan peranan guanxi akan berubah berdasarkan proses perubahan sosial, ekonomi dan politik dalam masyarakat. Justeru itu, kajian ini mempunyai tiga objektif utama iaitu meneliti peranan guanxi, menghuraikan sejauhmanakah tiga dimensi dalam guanxi iaitu affective, normatif dan instrumental wujud dalam guanxi pekebun Cina tempatan dan akhir sekali meneliti makna guanxi menurut pandangan mereka dengan berasaskan kepada tiga dimensi tersebut. Kajian ini mengunakan kaedah kualitatif dengan menggunakan teknik pengumpulan data secara temubual mendalam. Sejumlah tujuh belas orang informan pekebun Cina tempatan di Daerah Raub telah ditemubual secara mendalam. Kesahihan dan kebolehpercayaan data kajian ini seterusnya ditentukan menggunakan pendekatan penyemakan semula tema dengan informan. Hasil kajian mendapati bahawa guanxi memainkan empat peranan dalam menjana pendapatan pekebun Cina tempatan. Keempat-empat peranan tersebut ialah membekalkan informasi, membuka pemasaran, membantu memasarkan hasil semasa tiada pasaran dan bekalan durian kepada pekebun. Hasil kajian ini juga turut mendapati ketiga-tiga dimensi iaitu affective, normatif dan instrumental wujud dalam guanxi pekebun Cina tempatan. Dimensi instrumental kemudiannya dilihat sebagai dimensi yang paling penting dalam guanxi pekebun Cina tempatan. Selanjutnya, makna guanxi menurut pandangan pekebun Cina tempatan adalah berasaskan makna instrumental, makna affective dan makna normatif. Kesimpulanya, guanxi merupakan hubungan ikatan kuat yang mengandungi ganqing, norma yang terdiri daripada norma jiaren dan norma shouren dan sumber instrumental kepada pekebun Cina tempatan di mana ia memainkan peranan penting dalam aspek ekonomi dan sosial.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 170
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_97134+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
557.67 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.