Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460746
Title: Teknik Seni Lakon Nazri dalam pengajaran: satu kajian kes di negeri Selangor
Authors: Muhammad Faisal bin Ahmad (P50704)
Supervisor: Hanapi bin Dollah, Prof. Madya Dr
Keywords: Seni lakonan
Acting
Issue Date: 10-Jan-2014
Description: Lumrah kehidupan manusia tidak dapat lari dari aktiviti yang berkaitan dengan unsur seni lakon. Pentas dunia acapkali disamakan sebagai pentas lakonan yang dipenuhi dengan pelbagai watak dan perwatakan dalam situasi yang berbeza-beza. Unsur-unsur seperti peniruan, pengulangan, penghayatan, aksi dan reaksi merupakan antara elemen yang terdapat dalam Teknik Seni Lakon Nazri. Pemilihan enam Teknik Seni Lakon Nazri adalah berteraskan kesesuaian pengaplikasiannya dalam konteks pengajaran. Enam teknik seni lakon yang dijadikan sebagai panduan adalah teknik muncul, teknik penyampaian dialog, teknik pengucapan improvisasi, teknik progres, teknik membina klimaks dan teknik masa. Penerapan teknik seni lakon ini bukan sahaja dapat dilihat menerusi pergaulan seharian malah lebih jelas dalam bidang kerjaya terutamanya bagi seorang guru. Oleh itu, kajian ini akan meninjau penggunaan Teknik Seni Lakon Nazri kepada guru dalam pengajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan sekitar negeri Selangor. Kajian ini akan mengenalpasti teknik asas seni lakon yang diterapkan dalam pengajaran. Selain itu kajian ini turut menganalisa teknik-teknik yang telah dikenalpasti dalam proses pengajaran tersebut. Objektif seterusnya adalah mengkaji tahap kesedaran guru-guru terhadap penggunaan teknik seni lakon dalam pengajaran mereka di samping melihat kesesuaian penerapan teknik seni lakon secara mendalam. Fokus kajian adalah terhadap pemilihan tiga buah sekolah sekitar negeri Selangor berdasarkan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia 2009 serta menjadikan 30 orang guru sebagai responden. Kajian akan memperlihatkan cara penyampaian pengajaran yang dikendalikan oleh guru-guru tersebut. Berdasarkan kepada pemerhatian, temubual dan rujukan perpustakaan maka corak pengajaran guru-guru tersebut akan diselarikan dengan enam teknik seni lakon yang dipilih. Analisis kajian akan menunjukkan hasil dapatan terhadap tahap kesedaran dan kepentingan pengaplikasian Teknik Seni Lakon Nazri dalam proses pengajaran tersebut.,Master / Sarjana
Pages: 171
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_85055+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.69 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.