Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460731
Title: Pengujian model personaliti lima faktor dan penilaian prestasi kerja berkesan dalam kalangan kakitangan akademik Universiti Kebangsaan Malaysia.
Authors: Mas Ayu Othman (P67520)
Supervisor: Fatimah Wati Halim, Dr.
Keywords: Penilaian prestasi kerja
Kakitangan akademik
Universiti Kebangsaan Malaysia
Model personaliti
Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 25-Jun-2016
Description: Pelaksanaan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) 2007 menuntut supaya kakitangan akademik berupaya menyesuaikan diri dengan persekitaran kerja universiti penyelidikan. Cabaran utama adalah untuk mengubah tabiat dan tingkah laku kerja yang lazim kepada yang sepadan dengan keperluan universiti penyelidikan. Sehubungan itu, matlamat kajian ini adalah mengenal pasti adakah penilaian kakitangan akademik terhadap ciri-ciri personaliti mereka mencapai penilaian prestasi kerja berkesan (PPKB) bagi sebuah universiti penyelidikan. Model personaliti lima faktor (individu) digunakan untuk mengukur ciri-ciri kakitangan akademik dan model personaliti lima faktor yang berhubungan dengan prestasi kerja berkesan digunakan untuk mengenal pasti dimensi PPKB. Oleh itu, objektif kajian ini menguji kesahan dan kesepadanan model pengukuran personaliti lima faktor dan dimensi PPKB, mengenal pasti pengaruh personaliti lima faktor terhadap dimensi PPKB serta meneroka tret-tret personaliti dan dimensi-dimensi PPKB dalam kalangan kakitangan akademik UKM. Alat ujian personaliti menggunakan pengukuran NEO PI-R dan Personality Related-Position Requirement Form mengukur prestasi kerja berkesan. Soalan temu bual semi-struktur pula digunakan untuk meneroka ciri-ciri personaliti pekerja dan PPKB kakitangan akademik universiti penyelidikan. Seramai 204 orang kakitangan akademik UKM menjawab alat ujian tersebut manakala 13 orang kakitangan akademik yang cemerlang telah ditemubual secara semi-struktur. Data kuantitatif dianalisis menggunakan analisis pengesahan faktor (CFA) dan model persamaan struktur (SEM). Data temubual berstruktur dalam kajian ini pula ditranskrip dan diorganisasikan menggunakan NVIVO 9. Keputusan CFA menunjukkan bahawa hanya empat faktor personaliti individu dan tujuh dimensi PPKB signifikan sebagai pemboleh ubah pendam. Keputusan analisis SEM pula menunjukkan model hipotesis peramal personaliti lima faktor terhadap PPKB adalah sepadan dengan data kajian. Keputusan kajian memperihalkan bahawa semua faktor personaliti individu meramal dimensi PPKB kecuali keterbukaan. Hasil temu bual semi-struktur berjaya mengenal pasti 10 tret personaliti kehematan, 8 tret personaliti keterbukaan dan kepersetujuan serta 2 tret personaliti ekstraversi. Terdapat 8 dimensi PPKB ditemui. Keseluruhan hasil kajian ini berupaya memberikan sumbangan maklumat yang komprehensif kepada bahagian pengurusan sumber manusia universiti.,Sarjana Falsafah
Pages: 392
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_81802+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
3.32 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.