Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460727
Title: Adaptasi fonologi kata pinjaman bahasa Inggeris dalam dialek Kelantan: analisis Teori Optimaliti
Authors: Sakinah Nik Muhammad Naziman (P60669)
Supervisor: Fadzeli Mohamad Jaafar, Prof. Madya Dr.
Keywords: Dialek Kelantan
Kata pinjaman
Bahasa Inggeris
Fonologi
Teori Optimaliti
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 9-Apr-2015
Description: Menurut Teori Optimaliti, nahu sesuatu bahasa itu digambarkan dalam tatatingkat kekangan. Oleh sebab bahasa Inggeris dan dialek Kelantan mempunyai nahu yang berbeza, maka timbul persoalan bagaimana perkataan-perkataan bahasa Inggeris yang dipinjam ke dalam dialek Kelantan diadaptasi untuk menepati kekangan nahu dialek Kelantan. Berdasarkan persoalan ini, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti jenis adaptasi kata pinjaman bahasa Inggeris dalam dialek Kelantan dari aspek fonetik, fonemik atau fonotaktik. Kedua, kajian ini juga meneliti sumber kepada input yang terlibat dalam proses peminjaman yang berlaku. Ketiga, kajian ini membina model yang dapat menjelaskan keseluruhan bagaimana proses kata pinjaman itu dibentuk. Keempat, kajian ini menghuraikan jenis adaptasi kata pinjaman dalam menangani konflik antara kekangan kesetiaan dan kekangan kebertandaan. Kajian ini menggunakan Teori Optimaliti (Prince & Smolensky 1993) sebagai kerangka analisis manakala model bagi kajian ini diubahsuai daripada Kenstowicz (2005) menggunakan pendekatan koresponden output-output. Kajian ini menggunakan data sekunder daripada Shapri dan kaedah penyelidikan lapangan yang dilakukan di Kota Bharu. Hasil analisis menunjukkan adaptasi kata pinjaman melibatkan aspek fonetik, fonemik dan fonotaktik. Manakala sumber kepada input pula melibatkan persepsi kerana adaptasi vokal adalah kompleks. Hasil analisis juga menunjukkan penggantian fonem (konsonan, vokal dan diftong), penghilangan konsonan dan epentesis vokal. adalah strategi yang digunakan dalam proses adaptasi kata pinjaman. Analisis kajian ini merumuskan penutur dialek Kelantan tidak mengehadkan bilangan strategi adaptasi hanya kepada satu cara, bahkan adaptasi itu bersifat rencam. Walaupun wujud kepelbagaian strategi adaptasi, hanya satu set tatatingkat kekangan mampu menjelaskan kesemua strategi adaptasi iaitu SYARAT KODA >> *HOMOFON >> *KOMPLEKS >> *NR >> *Kont, DEP-OO >> * >> IDENT-OO >> MAKS-OO. Tatatingkat kekangan yang terhasil ini menunjukkan kepelbagaian strategi adaptasi itu masih dalam satu kekangan nahu yang sama. Kajian ini telah menyumbang dari aspek kompeten fonologi penutur dialek Kelantan dan pemahaman lanjut mengenai proses peminjaman bahasa.,Sarjana Falsafah
Pages: 188
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_81798+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.62 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.