Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460723
Title: Sejarah perkembangan ekonomi zaman kolonial dan pengaruhnya ke atas pemilikan dan guna tanah di Negeri Sembilan (1896-1941)
Authors: Azwan Syah Idris (P64251)
Supervisor: Nordin Hussin, Prof. Dr.
Keywords: Pentadbiran kolonial
Penjajahan British
Guna tanah
Adat Perpatih
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 22-Dec-2014
Description: Penyelidikan ini mengkaji sejarah perkembangan ekonomi zaman kolonial di Negeri Sembilan dengan penumpuan kesan ke atas tanah dan pertanian dari 1896 hingga 1941. Penjajahan British ke Negeri Sembilan memberi perubahan kepada sistem ekonomi dan kehidupan penduduknya. Kehidupan peribumi negeri ini yang sinonim dengan Adat Perpatih mula berubah semenjak kedatangan British. Walaupun menjadi dasar British untuk tidak mencampuri hal ehwal agama dan adat orang Melayu, namun terdapat juga unsur campurtangan itu terutama di dalam pengurusan tanah. Perkara ini penting bagi British kerana pengurusan tanah yang sistematik akan membantu kepada pertumbuhan ekonomi yang memberansangkan. Oleh itu, perlu bagi British menguasai struktur pemilikan tanah untuk mengawal hasil perolehan dalam struktur guna tanahIsu-isu berkaitan tanah dan pertanian di Negeri Sembilan telah menimbulkan beberapa permasalahan iaitu, sejauhmanakah sistem pentadbiran kolonial mempengaruhi perkembangan sistem pengurusan tanah di negeri ini dan bagaimanakah undang-undang tanah Adat Perpatih mempertahankan pengaruhnya. Selain itu, bagaimanakah perkembangan sektor pertanian mendatangkan manfaat kepada penduduk peribumi dan adakah pihak lain yang lebih mendapat manfaatnya.. Oleh itu, objektif kajian ini ialah untuk menilai perundangan yang manakah lebih berpengaruh semasa zaman pemerintahan British samaada undang-undang Adat Perpatih atau undang-undang kolonial. Selain itu, kajian ini juga akan menganalisis pengaruh Adat Perpatih dan sistem pentadbiran kolonial ke atas struktur pemilikan tanah, guna tanah dan perkembangan sosioekonomi di Negeri Sembilan. Pengkajian ini dilakukan melalui penyelidikan arkib dan kajian kepustakaan dengan sumber primer dan sekunder menjadi asas sumber kajian. Sumber primer akan diperoleh melalui kajian di arkib negara dan negeri, sumber-sumber di arkib merangkumi fail-fail mesyuarat dan laporan tahunan. Sumber sekunder pula diperoleh melalui sumber-sumber ilmiah seperti buku, jurnal dan sebagainya. Buku-buku yang dipilih merupakan sumber yang mempunyai perkaitan secara langsung atau tidak langsung dengan kajian. Hasil kajian mendapati British melalui kuasa dan pengaruh yang dimilikinya telah berjaya mengubah peraturan tanah Adat Perpatih untuk diselarikan dengan kehendak pemerintah bagi memastikan setiap hasil tanah akan mendatangkan manfaat kepada British. Kepesatan ekonomi zaman kolonial juga sukar untuk dihadapi oleh penduduk peribumi, keterbukaan ekonomi kapitalis telah hampir menenggelamkan mereka dan membuka peluang yang lebih besar kepada bangsa lain. Pemodal-pemodal asing mula menanam aset di Negeri Sembilan dengan pembukaan ladang-ladang yang besar dengan hasil pertanian yang lebih komersil. Hasil cukai yang tinggi juga telah memberikan keuntungan kepada British. Bagi penduduk peribumi, perubahan corak pentadbiran tanah dan ekonomi terpaksa ditempuhi walaupun mereka terus ketinggalan di dalam arus ekonomi zaman kolonial. Kesimpulannya, British semenjak awal lagi telah menekankan tanah sebagai aset utama dan hasil pertanian salah satu sumber kepada pertumbuhan ekonomi. Pentadbiran yang sistematik dan konsisten pastinya akan membantu British di dalam usaha mengimbangi sosioekonomi Negeri Sembilan.,Sarjana Falsafah
Pages: 125
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_81795+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.52 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.