Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460717
Title: | Deria rasa dalam kiasan peribahasa Melayu: analisis semantik inkuisitif |
Authors: | Nur Afiqah Wan Mansor (P71836) |
Supervisor: | Nor Hashimah Jalaluddin, Prof. Dr. |
Keywords: | Deria rasa Kiasan Melayu Peribahasa Melayu Kajian semantik Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 4-Apr-2016 |
Description: | Kajian ini merupakan kajian semantik dan akal budi Melayu yang menyelidik mengenai deria rasa masam, masin, manis dan pahit dalam kiasan Melayu. Kajian ini menghuraikan makna implisit dan makna implisit kompleks bahasa kiasan khususnya peribahasa dan kaitannya dengan akal budi Melayu. Data kiasan peribahasa Melayu dikumpul daripada tiga buah kamus iaitu Kamus Istimewa Peribahasa Melayu, Kamus Simpulan Bahasa, Kamus Peribahasa Melayu dan dikukuhkan dengan data korpus yang diperoleh daripada Pangkalan Korpus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Malay Concordance Project (MCP). Kajian berbentuk kualitatif ini mengaplikasikan teori semantik dengan kaedah inkuisitif yang menggabungkan data, teori, kognitif dan falsafah sehingga membawa kepada tafsiran akal budi Melayu. Analisis pendekatan Rangka Rujuk Silang (RRS) dilakukan terhadap data korpus deria rasa dalam kiasan peribahasa Melayu. Seterusnya kaedah inkuisitif dilakukan bagi mencungkil makna sebenar yang ingin disampaikan. Hasil kajian mendapati kiasan peribahasa Melayu mempunyai kaitan yang rapat dengan budaya dan akal budi Melayu. Ketersiratan makna masam, manis, masin dan pahit serta makna yang berasosiasi dengan rasa juga dapat dicungkil dan dikaitkan dengan akal budi penuturnya. Pengkategorian mengikut medan makna juga membuktikan bahawa kiasan peribahasa berunsurkan deria rasa tidak hanya memperlihatkan makna teras rasa malah juga mendukung makna pinggiran lain. Berdasarkan pendekatan yang digunakan, kajian kiasan peribahasa juga dapat membuktikan hubungan bahasa, masyarakat dan pemikiran.,Sarjana Falsafah |
Pages: | 167 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_81788+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 2.2 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.