Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460707
Title: | Amalan sistem media di negara Brunei Darussalam : ke arah negara zikir |
Authors: | Siti Salwa Syafra' Hj Dahlan (P66962 ) |
Supervisor: | Wan Amizah Wan Mahmud, Dr. |
Keywords: | Sistem media Brunei Darussalam |
Issue Date: | 2014 |
Description: | Kajian ini merupakan sebuah kajian mengenai sistem media di Negara Brunei Darussalam yang sedang giat berusaha menuju ke arah 'Negara Zikir', iaitu sebuah dasar yang membawa maksud, sebuah negara yang sentiasa ingat dan patuh kepada Allah S.W.T. Terdapat kekosongan ilmu bidang kajian yang berkaitan sistem media berbanding kajian pendidikan dan belia di Negara Brunei Darussalam. Oleh itu, objektif kajian ini dijalankan terbahagi kepada empat objektif; pertama, memperlihatkan sejauh manakah sistem media di Negara Brunei Darussalam ini menuju ke arah Negara Zikir; kedua, mengenal pasti teori atau model operasi sistem media yang dipraktikkan di Negara Brunei Darussalam dengan berpandukan teori media normatif: empat model yang dipelopori oleh Denis McQuail; ketiga, mendapatkan respons khalayak tempatan mengenai pelaksanaan konsep Negara Zikir dalam sistem media dan keempat, mengenal pasti isi kandungan media yang bagaimana dikehendaki oleh khalayak-belia. Kaedah kualitatif digunakan untuk mendapatkan hasil kajian dengan menggunakan gabungan metodologi analisis dokumen dan kumpulan fokus untuk mendapatkan jawapan kepada persoalan-persoalan kajian. Hasil dari kajian ini menunjukkan bahawa ciri-ciri Negara Zikir itu sudah wujud di dalam amalan sistem media di Brunei yang mana ciri-ciri tersebut terbahagi kepada tiga unsur, keagamaan, monarki dan patriotisme. Pada masa yang sama, kajian ini turut mendapati amalan sistem media di Brunei ini lebih kepada model sistem media tanggungjawab sosial McQuail, iaitu bertanggungjawab terhadap masyarakat dengan menerbitkan terbitan media berunsurkan keagamaan, patriotik dan monarki. Oleh itu kajian ini mendapati bahawa, model sistem media di Negara Brunei Darussalam mengamalkan atau mempraktikkan 'Model Sistem Media Tanggungjawab-Negara Zikir' yang mana dasar ini bukan sahaja tertumpu pada keagamaan sahaja, bahkan juga kepada elemen monarki dan patriotisme asalkan ianya 'sentiasa ingat kepada Allah S.W.T'. Manakala bagi respons khalayak-belia pula, rata-rata informan memberikan pandangan yang positif mengenai pelaksanaan dasar Negara Zikir dalam sistem media negara asalkan pihak berautoriti juga perlu peka dengan hak golongan minoriti di Brunei. Mengenai dengan kehendak isi kandungan khalayak-belia pula, didapati terdapat lima kategori kehendak mereka yang dikehendaki dari media tempatan iaitu mempunyai elemen informatif, mendidik, keagamaan, eksplorasi dan hiburan.,Master/Sarjana |
Pages: | 270 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_76432+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 3.13 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.