Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460705
Title: | Pembinaan pengetahuan tentang undang-undang tenaga kerja dan undang-undang imigresen dalam kalangan tenaga kerja Indonesia |
Authors: | Muhammad Ridhwan bin Sarifin (P60552) |
Supervisor: | Mohamad Fauzi Bin Sukimi, Dr. |
Keywords: | Undang-undang Tenaga kerja dan imigresen |
Issue Date: | 11-Sep-2014 |
Description: | Kajian ini membincangkan bagaimana proses pembinaan pengetahuan tentang tenaga kerja dan undang-undang imigresen dalam kalangan Tenaga Kerja Indonesia (TKI), yang akhirnya mempengaruhi perilaku sama ada menjadi tenaga kerja sah atau tenaga kerja tidak sah. Kajian ini bertujuan, pertama, untuk membincangkan sama ada struktur pelaksanaan undang-undang di Malaysia dan Indonesia tentang TKI mempunyai kelompangan sehingga boleh dimanipulasi, kedua, menganalisis proses sosialisasi atau pembinaan pengetahuan dalam kalangan TKI dan agen-agen yang terlibat dalam proses tersebut, dan ketiga, mendeskripsikan perilaku TKI yang tidak sah dalam konteks undang-undang tenaga kerja dan imigresen sesuai dengan proses sosialisasi yang diterima. Orientasi kajian ini adalah kualitatif dengan menggunakan jenis penyelidikan fenomenologi. Teknik pengumpulan data dilakukan melalui temu bual mendalam dan pemerhatian tidak ikut serta. Kajian ini dijalankan di Ulu Tiram, Johor Bahru yang dikenali sebagai tempat laluan gelap pendatang asing tanpa izin (PATI) untuk menyeludup masuk dan keluar dari Malaysia. Unit analisis terdiri daripada 11 informan utama antaranya ialah Pegawai Imigresen Johor Bahru, Pegawai Konsulat Jenderal Republik Indonesia, Pegawai Polis Ibu Pejabat Johor Bahru serta lima orang “calo” dan 11 orang informan yang terdiri daripada TKI tidak sah. Hasil kajian mendapati masih terdapat ruang bagi calon TKI menggunakan cara yang tidak sepenuhnya mengikut prosedur untuk masuk ke Malaysia. Hal tersebut sangat berkait dengan proses sosialisasi tentang aspek perundangan dan kehidupan di Malaysia yang diberikan oleh agen sosialisasi yang tidak formal, yang terdiri daripada calo, rakan dan ahli keluarga. Ternyata keputusan untuk menjadi TKI yang tidak sah sangat ditentukan melalui pola hubungan yang bersifat patron-klien antara TKI dengan agen sosialisasi tidak formal. Apa yang dapat disimpulkan, masalah PATI atau TKI tidak sah masih sukar untuk diatasi kerana keluwesan agen sosialisasi tidak formal yang dapat mendidik secara teori dan amali tentang bagaimana hidup sebagai TKI tidak sah di Malaysia.,Master/Sarjana |
Pages: | 239 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_76430+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 5.02 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.