Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460705
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMohamad Fauzi Bin Sukimi, Dr.
dc.contributor.authorMuhammad Ridhwan bin Sarifin (P60552)
dc.date.accessioned2023-09-20T03:49:10Z-
dc.date.available2023-09-20T03:49:10Z-
dc.date.issued2014-09-11
dc.identifier.otherukmvital:76430
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460705-
dc.descriptionKajian ini membincangkan bagaimana proses pembinaan pengetahuan tentang tenaga kerja dan undang-undang imigresen dalam kalangan Tenaga Kerja Indonesia (TKI), yang akhirnya mempengaruhi perilaku sama ada menjadi tenaga kerja sah atau tenaga kerja tidak sah. Kajian ini bertujuan, pertama, untuk membincangkan sama ada struktur pelaksanaan undang-undang di Malaysia dan Indonesia tentang TKI mempunyai kelompangan sehingga boleh dimanipulasi, kedua, menganalisis proses sosialisasi atau pembinaan pengetahuan dalam kalangan TKI dan agen-agen yang terlibat dalam proses tersebut, dan ketiga, mendeskripsikan perilaku TKI yang tidak sah dalam konteks undang-undang tenaga kerja dan imigresen sesuai dengan proses sosialisasi yang diterima. Orientasi kajian ini adalah kualitatif dengan menggunakan jenis penyelidikan fenomenologi. Teknik pengumpulan data dilakukan melalui temu bual mendalam dan pemerhatian tidak ikut serta. Kajian ini dijalankan di Ulu Tiram, Johor Bahru yang dikenali sebagai tempat laluan gelap pendatang asing tanpa izin (PATI) untuk menyeludup masuk dan keluar dari Malaysia. Unit analisis terdiri daripada 11 informan utama antaranya ialah Pegawai Imigresen Johor Bahru, Pegawai Konsulat Jenderal Republik Indonesia, Pegawai Polis Ibu Pejabat Johor Bahru serta lima orang “calo” dan 11 orang informan yang terdiri daripada TKI tidak sah. Hasil kajian mendapati masih terdapat ruang bagi calon TKI menggunakan cara yang tidak sepenuhnya mengikut prosedur untuk masuk ke Malaysia. Hal tersebut sangat berkait dengan proses sosialisasi tentang aspek perundangan dan kehidupan di Malaysia yang diberikan oleh agen sosialisasi yang tidak formal, yang terdiri daripada calo, rakan dan ahli keluarga. Ternyata keputusan untuk menjadi TKI yang tidak sah sangat ditentukan melalui pola hubungan yang bersifat patron-klien antara TKI dengan agen sosialisasi tidak formal. Apa yang dapat disimpulkan, masalah PATI atau TKI tidak sah masih sukar untuk diatasi kerana keluwesan agen sosialisasi tidak formal yang dapat mendidik secara teori dan amali tentang bagaimana hidup sebagai TKI tidak sah di Malaysia.,Master/Sarjana
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
dc.rightsUKM
dc.subjectUndang-undang
dc.subjectTenaga kerja dan imigresen
dc.titlePembinaan pengetahuan tentang undang-undang tenaga kerja dan undang-undang imigresen dalam kalangan tenaga kerja Indonesia
dc.typetheses
dc.format.pages239
dc.identifier.barcode001283
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_76430+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
5.02 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.