Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460472
Title: | Pembentukan soal selidik faktor risiko miopia dalam kalangan pelajar sekolah rendah |
Authors: | Nur Liyana bt. Ishak (P64699) |
Supervisor: | Sharanjeet Kaur, Prof Dr. |
Keywords: | Soal selidik Miopia Pelajar Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 24-May-2017 |
Description: | Soal selidik adalah salah satu kaedah yang telah digunakan oleh ramai saintis dalam bidang penglihatan untuk mengenalpasti faktor risiko miopia. Walaupun begitu, masih belum ada soal selidik berbahasa Melayu yang telah dibentuk untuk digunakan dalam kalangan pelajar sekolah rendah di Malaysia. Objektif kajian ini ialah untuk membina soal selidik dalam Bahasa Melayu dengan menentukan kebolehpercayaan (reliability) dan kesahan (validity) soalselidik berkenaan pada pelajar sekolah berumur 10-12 tahun di Malaysia. Kajian ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian pembentukan item soal selidik dan bahagian pengendalian soal selidik ke atas pelajar dalam kajian sebenar. Bahagian pertama kajian melibatkan pembentukan item soal selidik melalui pencarian maklumat dari kajian kepustakaan, pandangan pakar penglihatan dan ibubapa pelajar sekolah. Hasil pencarian dan perbincangan dalam kajian bahagian pertama mendapati 5 domain terlibat dengan jumlah keseluruhan item yang dipilih adalah 78. Bilangan item pada setiap domain adalah 29 item pada domain aktiviti kerja dekat, 6 item pada sejarah keluarga, 15 item pada status sosioekonomi, 11 item pada aktiviti luar rumah dan 16 item pada tabiat pemakanan. Seramai 39 orang ibu bapa pelajar telah dipilih secara rawak untuk menjawab soal selidik tersebut secara kendalian sendiri pada peringkat pertama dan 64 orang ibu bapa pada peringkat kedua. Hasil ujian korelasi item dengan domain utama menunjukkan bahawa jumlah keseluruhan 55 item dikekalkan kerana mempunyai korelasi yang baik (r = 0.4 dan ke atas). Bilangan item yang dikekalkan pada setiap domain adalah 15 item pada domain aktiviti kerja dekat, 7 item pada sejarah keluarga, 16 item pada status sosioekonomi, 10 item pada aktiviti luar rumah dan 7 item pada tabiat pemakanan. Bahagian kedua kajian ini melibatkan pengendalian soal selidik kepada ibubapa 353 orang pelajar yang terdiri dari 132 orang miopia dan 221 orang bukan miopia. Hasil ujian khi-kuasa dua menunjukkan 27 item dikekalkan kerana mempunyai kaitan yang signifikan dengan miopia (p < 0.05). Bilangan item yang dikekalkan pada setiap domain adalah 12 item pada domain aktiviti kerja dekat, 3 item pada sejarah keluarga, 4 item pada status sosioekonomi, 4 item pada aktiviti luar rumah dan 4 item pada tabiat pemakanan. Ujian test-retest soal selidik dikendalikan kepada ibubapa 100 orang pelajar sekolah dan hasil ujian korelasi menunjukkan kebolehpercayaan soal selidik yang baik (r = 0.765, p < 0.001) dan kesahan soal selidik ditentukan oleh kesahan ramalan iaitu AUC, sensitiviti dan spesifisiti pada analisis ROC curve. Nilai sensitiviti, spesificiti dan AUC dalam soal selidik ini adalah 92%, 51% dan 79% dengan nilai skor cut-off 11. Kesimpulannya, soal selidik dalam Bahasa Melayu yang dibina dalam kajian ini mempunyai kebolehpercayaan dan kesahan yang baik untuk menentukan faktor risiko miopia dalam kalangan pelajar sekolah rendah.,Ijazah Sarjana |
Pages: | 179 |
Call Number: | WW320.N974p 2017 9 |
Publisher: | UKM, Kuala Lumpur |
Appears in Collections: | Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_98663+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 299.31 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.