Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460460
Title: Penghasilan profil normatif pertuturan-bahasa untuk menilai program Ujian Saringan Neonat Universal (UNHS) di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM)
Authors: Juliana Aminah Marhaban (P52785)
Supervisor: Kartini Ahmad, Prof. Madya Dr.
Keywords: Pertuturan-bahasa
Ujian Saringan Neonat Universal
Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia
Hearing loss
Bilateral -- In infancy and childhood
Issue Date: 11-Jul-2013
Description: Ujian saringan neonat universal (UNHS) telah dibuktikan dapat mengenalpasti masalah pendengaran di kalangan kanak-kanak pada peringkat awal. Walau bagaimanapun, ketiadaan alat ujian yang relevan dan bersifat tempatan menyukarkan untuk mendapatkan penghasilan pertuturan-bahasa kanak-kanak ini. Kajian ini bertujuan untuk menerangkan penghasilan pertuturan-bahasa di kalangan kanak-kanak bermasalah pendengaran yang telah dikenalpasti dari Ogos 2007 sehingga Ogos 2011 melalui program UNHS di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM). Penghasilan pertuturan-bahasa mereka akan diterangkan berdasarkan profil normatif yang telah diperolehi daripada 271 kanak-kanak normal menggunakan Integrated Scales of Develoment-Malay versi kedua (ISD-Mv2) yang telah dimodifikasi. Seramai 22 ibu bapa telah ditemubual di mana seramai 19 kanak-kanak (86.36%) telah mencapai skor menyamai skor normal kanak-kanak seumur (lebih daripada -2 s.p.) tetapi seorang (4.55%) daripadanya mempunyai skor di dalam lingkungan -1.5 s.p. hingga -2 s.p. yang menandakan kanak-kanak ini berisiko mempunyai masalah pertuturan-bahasa. Manakala tiga kanak-kanak (13.64%) lagi tidak mempunyai penghasilan pertuturan-bahasa setara dengan kanak-kanak normal seumur. Seramai 11 subjek (61.11%) di kalangan 18 kanak-kanak yang lulus dan tidak berisiko mempunyai masalah pertuturan-bahasa mempunyai masalah pendengaran unilateral. Seramai empat kanak-kanak (22.22%) mempunyai masalah pendengaran ringan bilateral, seorang kanak-kanak (5.56%) bermasalah pendengaran sederhana bilateral, seorang kanak-kanak (5.56%) bermasalah pendengaran ringan ke sederhana dan seorang kanak-kanak (5.56%) bermasalah pendengaran ringan ke teruk. Kesimpulannya, ISD-Mv2 merupakan alat ujian saringan yang boleh menilai program UNHS dengan menerangkan penghasilan pertuturan-bahasa di kalangan kanak-kanak bermasalah pendengaran di dalam program UNHS di PPUKM.,Master/Sarjana
Pages: 190
Call Number: WV271.J94p 2013 9
Publisher: UKM, Kuala Lumpur
Appears in Collections:Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_74660+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
1.41 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.