Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460458
Title: Kesan ekstrak akueus kaliks hibiscus sabdariffa L. UKMR-2 terhadap sistem reproduktif tikus jantan diabetes aruhan streptozotosin
Authors: Muhd Hanis Md Idris (P58573)
Supervisor: Hj. Jamaludin Mohamed, Prof. Dato' Dr.
Keywords: Diabetes melitus
Hiperglisemia
Sistem reproduktif
Spermatogenesis
Antioksidan
Hibiscus sabdariffa
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 14-Aug-2014
Description: Diabetes melitus merupakan satu keadaan hiperglisemia kronik yang boleh menyebabkan kerosakan sistem reproduktif lelaki dengan mengganggu proses spermatogenesis dan fungsi seks. Kajian mendapati suplementasi antioksidan pada keadaan diabetes dapat mengurangkan kerosakan sperma. Hibiscus sabdariffa mempunyai kandungan antioksidan semula jadi yang tinggi dan berpotensi mengurangkan kerosakan oksidatif dalam pelbagai keadaan patologi. Justeru, kajian ini dilakukan untuk mengkaji kandungan fitokimia dan antioksidan ekstrak akueus kaliks H. sabdariffa UKMR-2 (HSE) dan kesan HSE terhadap ciri-ciri sperma, DNA sperma, ultrastruktur sperma, aras hormon dan perubahan histologi organ reproduktif pada tikus diabetes aruhan streptozotosin (STZ). Sebanyak 40 ekor tikus Sprague- Dawley jantan dewasa dibahagikan kepada empat kumpulan iaitu kumpulan Normal (NDM), Normal+HSE (NDMR), Diabetes (DM) dan Diabetes+HSE (DMR). Diabetes diaruh secara suntikan STZ tunggal intravena ekor pada dos 45 mg/kg. Suplementasi HSE dilakukan secara oral paksa pada dos 100 mg/kg selama 28 hari berturut-turut. Penyaringan fitokimia mendapati HSE mengandungi sebatian flavonoid, glikosida, saponin, sterol, tanin, terpenoid, antrakuinon dan fenol. Aktiviti perencatan radikal bebas HSE lebih tinggi secara signifikan (p<0.05) daripada hidroksitoluen berbutil (BHT) tetapi lebih rendah secara signifikan (p<0.05) daripada asid askorbik. Nilai Ferric Reducing Antioxidant Power (FRAP) HSE pula adalah lebih rendah secara bererti (p<0.05) berbanding asid askorbik tetapi tiada perbezaan yang signifikan dengan BHT. Kandungan fenolik dalam HSE juga lebih rendah secara bererti (p<0.05) berbanding BHT dan asid askorbik. Aras glukosa pula lebih rendah dan insulin lebih tinggi secara signifikan (p<0.05) pada kumpulan DMR berbanding kumpulan DM. Analisis ciri-ciri sperma mendapati bilangan sperma, peratusan motiliti sperma dan viabiliti sperma lebih tinggi manakala peratusan ketaknormalan morfologi sperma lebih rendah secara signifikan (p<0.05) pada kumpulan DMR berbanding kumpulan DM. Suplementasi HSE dalam tikus diabetes memperbaiki ketaknormalan pergerakan sperma berbanding kumpulan DM berdasarkan nilai VCL (curvilinear velocity), VAP (average-path velocity), VSL (straight-line velocity), LIN (linearity), PROG (progressive) dan STR (straightness) yang lebih tinggi secara signifikan (p<0.05) manakala nilai WOB (wobble) dan BCF (beat cross frequency) yang lebih rendah secara signifikan (p<0.05). Kerosakan DNA sperma pula adalah lebih rendah secara signifikan (p<0.05) pada kumpulan DMR berbanding kumpulan DM. Suplementasi HSE pada tikus diabetes juga telah menyebabkan aras hormon perangsang folikel (FSH) lebih tinggi secara signifikan (p<0.05) berbanding kumpulan DM. Walau bagaimanapun, tiada perbezaan yang signifikan dalam aras testosteron dan hormon lutein (LH) antara kumpulan DM dan DMR. Suplementasi HSE ke atas tikus diabetes juga menghalang kerosakan sperma dan perubahan morfologi testis, epididimis kaput dan korpus, prostat dan vesikel seminal. Kesimpulannya, HSE berpotensi sebagai produk nutraseutikal dalam melindungi gangguan sistem reproduktif lelaki dalam keadaan diabetes.,Ijazah Sarjana Sains Kesihatan (Sains Bioperubatan)
Pages: 258
Call Number: WK810.M9524k 2014 9
Publisher: UKM, Kuala Lumpur
Appears in Collections:Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_97265+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
273.32 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.