Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460455
Title: Kesahan ramalan dan diskriminasi ujian saringan prestasi fizikal dalam mengenalpasti risiko jatuh dalam kalangan warga emas di komuniti
Authors: Zuraidah Abu @ Abu Samah (P65932)
Supervisor: Devinder Kaur Ajit Singh, Profesor Madya Dr.
Keywords: Warga emas
Jatuh
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 25-May-2015
Description: Ujian saringan prestasi fizikal yang ringkas dan mantap amat diperlukan untuk mengenalpasti risiko jatuh dalam kalangan warga emas di komuniti. Ujian saringan prestasi fizikal ini bermanfaat untuk kegunaan program saringan risiko jatuh yang berskala besar dan strategi pencegahan awal dan pengurusan insiden jatuh dalam komuniti. Tujuan kajian ini adalah untuk menentukan kesahan ramalan dan diskriminasi ujian saringan prestasi fizikal dalam mengenalpasti risiko jatuh dalam kalangan warga emas yang tinggal di komuniti. Seramai 325 warga emas (min umur : 67.67+5.5 tahun) di negeri Selangor telah direkrut menggunakan kaedah persampelan pelbagai peringkat. Prestasi fizikal diukur menggunakan Pendekatan profil fisiologi (PPA), ujian Kelajuan berjalan 6 meter (GS), ujian Masa bangun dan berjalan (TUG) dan ujian Berjalan sambil bercakap (WWT). PPA telah digunakan kerana ia merupakan ujian saringan risiko jatuh yang komprehensif dan mempunyai ketepatan 75% dalam mengenalpasti risiko jatuh dalam kalangan warga emas. Insiden jatuh dilaporkan secara prospektif selama enam bulan melalui rekod diari jatuh. Ujian pekali korelasi digunakan untuk menilai kesahan serentak diantara ujian PPA dan ujian saringan risiko jatuh yang ringkas iaitu ujian GS, TUG dan ujian WWT. Bagi menentukan titik penggal yang optima bagi mengklasifikasi risiko jatuh, nilai sensitiviti dan spesifisiti untuk ujian GS, ujian TUG dan ujian WWT telah dikira. Ujian korelasi Pearson menunjukkan terdapat korelasi yang signifikan (p <0.001) tetapi lemah antara PPA dan ujian GS (r = -0.16), TUG (r = 0.24) dan ujian WWT (r = -0.14). Hanya ujian TUG mempamerkan min perbezaan yang signifikan di antara warga emas yang jatuh dan tidak jatuh. Ujian TUG yang mencatatkan titik penggal 8.0 saat menunjukkan sensitiviti 83.95% dan spesifisiti 32.43%. Hasil kajian ini mencadangkan ujian TUG boleh digunakan sebagai peramal insiden jatuh dalam kalangan warga emas di komuniti. Walaubagaimanapun, disebabkan oleh nilai spesifisiti yang rendah, warga emas yang berisiko tinggi untuk jatuh perlu dinilai semula menggunakan ujian yang lebih komprehensif seperti ujian PPA sekiranya intervensi klinikal perlu diberikan.,Ijazah Sarjana Sains Kesihatan (Sains Bioperubatan)
Pages: 146
Call Number: QU85.Z95k 2015 9
Publisher: UKM, Kuala Lumpur
Appears in Collections:Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_97259+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
475.76 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.