Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460452
Title: | Kajian genomik dan metabolomik streptomyces kebangsaanensis serta tapak jalan biosintesis fenazin |
Authors: | Juwairiah Remali (P68821) |
Supervisor: | Noraziah Mohamad Zin, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Streptomyces sp. Kajian genomik Antibiotik fenazin Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 21-Jan-2016 |
Description: | Streptomyces sp. mempunyai potensi tinggi untuk menghasilkan pelbagai jenis metabolit sekunder yang mempunyai aktiviti berspektrum luas. Kajian genomik mendedahkan banyak kelompok gen penghasil metabolit sekunder putatif walaupun pengenalpastian metabolit putatif memerlukan penggunaan kedua-dua pendekatan genomik dan metabolomik. Streptomyces kebangsaanensis SUK12T, endofit yang dipencilkan daripada tumbuhan Portulaca oleracea, didapati menghasilkan metabolit aktif secara biologi daripada antimikrobial kelas fenazin. Objektif kajian ini adalah untuk mencirikan data genomik S. kebangsaanensis menggunakan penjujukan genomik penuh dan menentukan kelompok gen yang terlibat dalam laluan biosintesis antibiotik fenazin. Pemprofilan metabolit dijalankan untuk mengenalpasti kehadiran antibiotik dan sebatian metabolit sekunder yang penting dihasilkan oleh S. kebangsaanensis. Jujukan genom deraf mendedahkan bahawa genom S. kebangsaanensis terdiri daripada satu kromosom linear dengan saiz 8, 328, 719 bp dengan kandungan GC yang tinggi iaitu 71.35%. Kromosomnya mengandungi 12 operon rRNA, 81 tRNA dan 7558 gen yang mengekodkan protein. Walau bagaimanapun, 443 gen tidak dapat dikenalpasti kerana tiada persamaan homologi dengan protein yang diketahui. Analisis lanjutan genom mendedahkan 24 kelompok gen terlibat dalam biosintesis poliketida, peptida nonribosomal, terpen, bakteriosin dan siderofor. Analisis bioinformatik seterusnya berjaya mengenalpasti satu operon putatif yang bertanggungjawab dalam biosintesis fenazin. Analisis metabolomik menggunakan LC-MS/MS (mod positif: 226 metabolit, mod negatif: 27 metabolit) berjaya mengenalpasti pelbagai kompaun bioaktif putatif termasuklah agen antikanser, antiparasitik, antibakteria, antifungus dan agen herbisidal. Kesimpulannya, analisis genomik dan metabolomik telah memberi kefahaman yang lebih mendalam terhadap S. kebangsaanensis yang berpotensi dalam menghasilkan pelbagai antibiotik dan metabolit sekunder. Analisis genom telah membawa kepada penemuan operon yang bertanggungjawab dalam biosintesis antibiotik fenazin, yang dapat memudahkan penyelidikan kejuruteraan genetik dalam merekabentuk antibiotik fenazin sintetik baru di masa hadapan.,Ijazah Sarjana Sains Kesihatan (Bioperubatan) |
Pages: | 202 |
Call Number: | QW125.5.S8J97k 2016 9 |
Publisher: | UKM, Kuala Lumpur |
Appears in Collections: | Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_97255+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 182.76 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.