Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460451
Title: | Pengesanan dna mycobacterium tuberculosis menggunakan kaedah biosensor elektrokimia |
Authors: | Izyan Aziza Ismail @ Aziz (P55589) |
Supervisor: | Noraziah Mohamed Zin, Profesor Madya Dr. |
Keywords: | Tuberkulosis (TB) Mycobacterium tuberculosis Biosensor elektrokimia Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 10-Aug-2014 |
Description: | Tuberkulosis (TB) merupakan salah satu dari 10 penyebab utama kematian di seluruh dunia di mana pada tahun 2012, 8.6 juta kes baru direkodkan dan 1.3 juta dari kes tersebut menyebabkan kematian. Tuberkulosis merupakan sejenis penyakit yang mampu dirawat jika diagnosis awal dilakukan dan ditangani dengan sistem pengurusan yang baik. Pengurusan dalam pengawalan tuberkulosis bermula dari diagnosis sempurna iaitu memenuhi kriteria-kriteria seperti cepat, ringkas, spesifik, sensitif, dan juga relevan secara klinikal. Biosensor elektrokimia telah digunakan di dalam kajian ini sebagai kaedah alternatif untuk pengesanan DNA Mycobacterium tuberculosis. Objektif kajian ini ialah mengkaji aplikasi teknologi biosensor bagi tujuan pengesanan DNA M. tuberculosis di dalam sampel yang diperoleh dari amplifikasi Reaksi Polimerase Berantai (Polymerase Chain Reaction, PCR). Kajian ini memfokuskan pada penggunaan elektrod pensil grafit (PGE) selaku elektrod kerja manakala rutenium bipiridina dan metilina hijau sebagai penanda penghibridan. Penghibridan DNA pada elektrod pensil grafit dikesan menggunakan oligonukleotida sintetik M. tuberculosis. Pelbagai parameter yang memberi kesan kepada tindak balas isyarat elektrokimia voltametri denyutan nadi (DPV) telah dikaji dan dioptimisasikan termasuklah kepekatan prob, masa imobilisasi prob, kepekatan sasaran, masa penghibridan, kepekatan penanda penghibridan, dan masa pengumpulan penanda penghibridan. Hasil kajian optimisasi mendapati kepekatan prob yang optimum ialah 10 μg/ml dan masa optimum untuk imobilisasi prob pada PGE ialah 20 minit. Manakala kepekatan optimum bagi pengikatan sasaran pada prob adalah 15 μg/ml. Bagi kesan masa penghibridan prob dan sasaran pula, masa optimum bagi penanda rutenium bipiridina dan metilina hijau adalah 9 dan 11 minit manakala kepekatan optimum bagi kedua-duanya ialah 20 μM. Masa yang optimum bagi pengumpulan penanda rutenium bipiridina dan metilina hijau adalah 5 dan 7 minit masing masing. Kajian mendapati bahawa isyarat voltametri yang terhasil sebelum penghibridan adalah lebih tinggi dari isyarat voltametri selepas penghibridan. Kajian diteruskan dengan menggunakan oligonukleotida sintetik dan sampel kinikal yang diperoleh dari produk Polymerase Chain Reaction (PCR). Terdapat perbezaan pada isyarat voltametri yang dihasilkan dari penghibridan prob dan produk-produk PCR. Dalam analisis menggunakan penanda rutenium bipiridina, isyarat voltametri yang dihasilkan oleh sampel positif dan negatif M. tuberculosis adalah antara 2.278 – 2.366 µA dan 3.857 – 3.903 µA masing masing. Dalam analisis menggunakan penanda metilina hijau pula, isyarat voltametri yang dihasilkan oleh sampel positif dan negative M. tuberculosis adalah antara 0.593 – 0.667 µA dan 1.662 – 1.738 µA. Keputusan yang diperoleh mendapati bahawa penghibridan antara prob dan sampel positif M. tuberculosis menghasilkan isyarat voltametri yang rendah manakala penghibridan antara prob dan sampel negatif M. tuberculosis menghasilkan isyarat voltametri yang tinggi. Sebagai kesimpulan kajian ini mendapati bahawa kaedah biosensor boleh diaplikasikan sebagai kaedah alternatif bagi mengesan kehadiran DNA M. tuberculosis di dalam sampel yang diperoleh dari produk PCR.,Ijazah Sarjana Sains Kesihatan (Sains Bioperubatan) |
Pages: | 90 |
Call Number: | WF200.I98p 2015 9 |
Publisher: | UKM, Kuala Lumpur |
Appears in Collections: | Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_97254+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 200.77 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.