Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460449
Title: | Kajian keberkesanan pakej pendidikan pemakanan dan gaya hidup dalam kalangan warga tua dengan kecelaan kognitif ringan |
Authors: | Sa'ida Munira binti Johari (P52767) |
Supervisor: | Suzana bt Shahar, Prof. Dr. |
Keywords: | Pendidikan Pemakanan Gaya hidup Warga tua Kognitif Nutrition -- In old age |
Issue Date: | 3-Aug-2012 |
Description: | Kecelaan kognitif ringan (MCI) merupakan fasa peralihan di antara penuaan normal dan dementia. Aspek pemakanan dan gaya hidup memainkan peranan penting bagi melambatkan kemerosotan kognitif dan mencegah dementia terutama dalam kalangan warga tua yang mengalami MCI. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk menentukan keberkesanan pakej pendidikan pemakanandan gaya hidup terhadap fungsi kognitif serta kesihatan warga tua yang mengalami MCI di kawasan perumahan kos rendah di Cheras. Kajian ini dijalankan dalam dua fasa. Fasa pertama ialah pembentukan buku kecil yang mengandungi tujuh panduan pemakanan dan gaya hidup serta penilaian tahap penerimaan buku tersebut. Suatu penilaian penerimaan dari segi kandungan, grafik dan reka bentuk dijalankan terhadap 15 orang warga tua Melayu (min umur 66.1±6.6 tahun) dan 10 orang kakitangan kesihatan (min umur 36.6±12.0 tahun) di Klinik Kesihatan Cheras, Kuala Lumpur. Fasa kedua melibatkan kajian intervensi pakej pendidikan pemakanandan gaya hidup ke atas 35 orang subjek MCI, dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan intervensi (n=17; 64.7% lelaki, 35.3% perempuan) dan kawalan (n=18; 27.8% lelaki, 72.2% perempuan). Min umur subjek ialah 66.0±4.2 dan 63.5±2.9 tahun masing-masing bagi kumpulan intervensi dan kawalan. Kumpulan intervensi menerima suatu sesi pendidikan bulanan selama 12 bulan berdasarkan buku kecil yang telah dibentuk. Parameter diukur pada peringkat dasar, enam dan 12 bulan ialah status kognitif, antropometri, pengambilan makanan, kesihatan serta tahap pengetahuan, sikap dan amalan (KAP). Hasil fasa 1 menunjukkan kebanyakan subjek warga tua (80.0%) dan kesemua kakitangan kesihatan (100.0%) memahami kandungan buku kecil tersebut. Terdapat perbezaan yang signifikan di antara peratus perubahan skor bagi ujian Reka Cipta Blok (53.7% peningkatan dalam kumpulan intervensi; 8.0% bagi kumpulan kawalan; p<0.05). Terdapat juga kesan intervensi yang signifikan di mana intervensi memperbaiki aras vitamin B12 serum, homosistin dan hidroperoksidasi lipid; menurunkan pengambilan natrium bagi subjek lelaki dan perempuan, pengambilan kalium bagi subjek lelaki (p<0.05 bagi kesemua parameter), serta meningkatkan skor pengetahuan (p<0.01). Terdapat juga kesan masa yang signifikan (p<0.05 bagi kesemua parameter) bagi tekanan darah diastolik, folat, homosistin, kolesterol total, kolesterol LDL, HbA1c, hidroperoksidasi lipid, skor amalan dan Ujian Pembelajaran Auditori Verbal Rey (RAVLT)-ingatan segera. Bagi pengambilan makanan pula, terdapat kesan masa yang signifikan bagi protein, tiamin, niasin, sodium, kalium dan ferum (p<0.05 bagi kesemua parameter) dalam kalangan subjek lelaki. Dalam kalangan subjek perempuan, terdapat kesan masa yang signifikan bagi pengambilan tenaga, karbohidrat, protein, lemak, sodium, kalium dan ferum (p<0.05 bagi kesemua parameter), di mana kesemuanya menunjukkan penurunan. Selain itu, terdapat kesan kumpulan yang signifikan bagi hidroperoksidasi lipid (p<0.001), skor pengetahuan (p<0.001) dan skor amalan (p<0.01). Dalam kalangan subjek lelaki, terdapat kesan kumpulan yang signifikan bagi pengambilan lemak (p<0.05), manakala bagi subjek perempuan, kesan kumpulan adalah signifikan bagi pengambilan tiamin (p<0.01). Kesimpulannya, intervensi pakej pendidikan pemakanandan gaya hidup memperbaiki status kognitif, status B12 dan homosistin, menurunkan pengambilan natrium dan meningkatkan pengetahuan pemakanan warga tua. Oleh itu, perubahan gaya hidup amat digalakkan bagi mengurangkan morbiditi berkaitan kesihatan mental yang kurang memuaskan.,Master/Sarjana |
Pages: | 278 |
Call Number: | QU145.S132k 2012 9 |
Publisher: | UKM, Kuala Lumpur |
Appears in Collections: | Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_74629+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 6 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.